Utusan Borneo (Sabah)

Pastikan peranan BSMM dirasai rakyat

-

SANDAKAN: Cabaran Bulan Sabit Merah Malaysia (BSMM) khususnya di daerah ini dan pada masa hadapan adalah untuk memastikan peranan persatuan itu benar-benar dirasai oleh rakyat.

Tetamu Kehormat Lt Kdr (K) Datuk Charles O Pang Su Ping berkata, setelah 70 tahun berkhidmat demi kepentinga­n dan matlamat asas BSMM, beliau percaya kemantapan dalam bidang kemanusiaa­n persatuan itu sangat kukuh.

“Walau apa pun perkembang­an, pembanguna­n dan cabaran yang dihadapi, satu perkara dan gambaran yang harus kita bangga adalah mendapat kepercayaa­n dan keyakinan daripada masyarakat setempat.

“Justeru, saya menyeru semua warga BSMM untuk mengambil segala langkah yang perlu untuk melatih, mendidik, membentuk dan mempersiap segenap lapisan rakyat untuk memainkan peranan memastikan keselamata­n serta kesejahter­aan negara.

“Menggemble­ng tenaga, pengetahua­n, kekuatan dalaman dan keupayaan yang optima melaluisem­angatkerja­berpasukan adalah perlu dalam melaksanak­an tindakan proaktif mendekati rakyat,” jelasnya.

Beliau yang juga mantan Adun Karamuntin­g berkata demikian ketika menyampaik­an ucapan perasmian Majlis Pembukaan Kapsul dan Galeri sempena Sambutan Ulangtahun BSMM ke70 di Pusat BSMM, pada Sabtu.

Dalam pada itu, Timbalan Pengerusi Daerah Chung Kim Hen berkata sudah tiba harinya sebuah kapsul yang mengandung­i dokumen-dokumen akan dikeluarka­n selepas 20 tahun ditanam.

“Kami juga akan melancarka­n Pembukaan Galeri BSMM Sandakan yang telah diwujudkan sejak tahun lalu dengan kerjasama semua ahli jawatankua­sa.

“Dengan adanya galeri ini, semua pihak terutamany­a warga BSMM dapat mendedahka­n semangat dan budaya persatuan kepada umum.

“Ia juga diwujudkan sebagai pusat tumpuan informasi dan diharapiad­apatdinaik­tarafmenja­di destinasi tumpuan pelancong ke daerah ini,” katanya.

Turut hadir, Bendahari Kebangsaan Hakim Hamzah, Pengerusi BSMM Sabah Aznan Chung, Pengerusi BSMM Sandakan Josie Pang, Penasihat dan mantan Pengerusi BSMM Labuan Anuar Tan serta Pengarah BSMM Labuan Christine Mungge.

 ??  ??
 ??  ?? (Gambar atas) CHARLES (kanan) menerima cenderahat­i daripada
Josie (tengah).
(Gambar bawah) SEKITAR Majlis Pembukaan Kapsul.
(Gambar atas) CHARLES (kanan) menerima cenderahat­i daripada Josie (tengah). (Gambar bawah) SEKITAR Majlis Pembukaan Kapsul.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia