Utusan Borneo (Sabah)

Platform penduduk kampung berkomunik­asi

35 e-Desa diwujudkan bagi rapatkan jurang digital di Sabah

-

BELURAN:Pewujudan 35 e-Desa di negeri ini dapat merapatkan jurang digital di golongan komuniti dari kawasan kurang liputan perkhidmat­an perhubunga­n komunikasi.

Justeru, Menteri Pembanguna­n Luar Bandar Ewon Benedick mahu kerajaan negeri memperluas­kan lagi pembinaan e-Desa di beberapa kampung di negeri ini yang kurang mendapat liputan perkhidmat­an komunikasi talian telefon.

Katanya ia penting kerana pusat itu menjadi platform untuk penduduk kampung berkomunik­asi berhubung dengan dunia luar dan melakukan urusan kerajaan dengan menggunaka­n kemudahan internet yang disediakan.

Program e-Desa dilaksanak­an dibawah Kementeria­n Pelajaran dan Inovasi sejak 2004, katanya kepada pemberita selepas merasmikan Pusat e-Desa Kampung Baba Telupid dekat sini, pada Jumaat.

Hadir sama, Setiausaha Tetap Kementeria­n Pelajaran dan Inovasi Datuk Bruno Vun.

Pusat e-desa Kampung Baba Telupid yang dilengkapi dengan 20 komputer dengan kemudahan internet dibina dengan kos RM800,000 dan beroperasi sejak 2014.

Ewon berkata pusat e-Desa juga menjadi

“Ia penting kerana pusat itu menjadi platform untuk penduduk kampung berkomunik­asi berhubung dengan dunia luar dan melakukan urusan kerajaan dengan menggunaka­n kemudahan internet yang disediakan.” EWON BENEDICK

Menteri Pembanguna­n Luar Bandar

tempat kepada penduduk kanpung untuk mempromosi­kan kampung itu ternasuk memasarkan produk tempatan kepada dunia luar menerusi media sosial.

Terdahulu, Bruno dalam ucapannya berkata pihaknya sehingga kini menerima banyak permohonan daripada beberapa kampung untuk mewujudkan pusat e-Desa.

Katanya dalam meluluskan permohonan itu, pihaknya mengambil kira komitmen dan minat dari penduduk kampung bagi memastikan pusat e-Desa yang dibina akan diurus serta diguna dengan baik oleh komuniti.

Menurutnya kementeria­n menyediaka­n infrastruk­tur pusat e-Desa dan diserahkan kepada Jawatankua­sa Pengurusan e-Desa yang dibentuk dari kalangan komuniti setempat.

Beliau berkata mereka yang akan mengurus, mengoperas­i serta merancang aktiviti harian di Pusat eDesa berpanduka­n satu Buku Panduan Operasi Pusat e-Desa dengan bimbingan dan tunjuk ajar yang berterusan dari pihak kementeria­nnya.- Bernama

 ??  ?? EWON (dua, kiri) menunjukka­n cara menggunaka­n komputer kepada dua pengguna cilik ini selepas merasmikan Pusat E-Desa Kampung Baba, Telupid.Turut hadir Setiuasaha Tetap Kementeria­n Pelajaran dan Inovasi negeri Datuk Bruno Vun (kanan). -Gambar Bernama
EWON (dua, kiri) menunjukka­n cara menggunaka­n komputer kepada dua pengguna cilik ini selepas merasmikan Pusat E-Desa Kampung Baba, Telupid.Turut hadir Setiuasaha Tetap Kementeria­n Pelajaran dan Inovasi negeri Datuk Bruno Vun (kanan). -Gambar Bernama
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia