Utusan Borneo (Sabah)

Josrie menang Kategori Terbuka KPTNS 2018

- Oleh NURFARAHAA­MNI HAAMSIR (Pelatih UMS)

KOTA KINABALU: Karya bertajuk ‘For Sale’ oleh Josrie Haral membolehka­n dia menerima hadiah Kategori C (Terbuka) Karya Pilihan Tahunan Negeri Sabah (KPTNS) 2018, di sini pada Jumaat.

Dalam karyanya, dia mahu menyampaik­an mesej tentang isu penjualan tanah di mana, ia memaparkan keadaan hutan dan alam semula jadi seiring dengan konsep KPTNS kali ini iaitu landskap.

“Saya mahu menonjolka­n konsep hutan dan alam semula jadi dalam karya saya sebagai salah satu cara untuk saya memberi kesedaran kepada generasi muda untuk lebih mementingk­an penjagaan alam sekitar.

“Karya ini saya hasilkan dengan campuran pelbagai media dan ia mengambil masa lebih kurang seminggu sahaja untuk disiapkan,” katanya ketika ditemui pada majlis penyampaia­n hadiah KPTNS di Galeri Umum, Balai Seni Lukis Sabah.

Sementara penerima hadiah bagi Kategori B (Sekolah Menengah Atas) Nur Alisa Adzlan, 16, dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tuaran mendapat ilham dan sokongan yang kuat daripada guru di sekolahnya.

Dia tidak menyangka karyanya akan berpeluang menerima hadiah untuk kategori itu kerana peserta yang bertanding datang dari seluruh bahagian pantai barat selatan Sabah.

“Karya saya hanya menggunaka­n media warna air dan saya mahu tonjolkan pemandanga­n di Tamu Pekan Kota Belud agar orang ramai dapat menggambar­kan bagaimana unik dan cantiknya suasana di tamu berkenaan.

“Cikgu yang berikan idea ini kepada saya dan dia juga yang menggalakk­an saya untuk menyerlahk­an bakat saya dalam bidang seni lukis. Saya amat berterima kasih kepadanya atas segala bimbingan dan sokongan yang diberikan,” katanya.

Sementara itu, Seni Wahyu Putri Dermariana Hussain, 15, membawa pulang RM500 apabiladip­ilihsebaga­ipenerima hadiah Kategori A (Sekolah Menengah Rendah).

“Tajuk karya saya ialah ‘Eternal Excruciati­ng Sunshine’ yang mana, ia sebenarnya menggambar­kan jiwa dan perasaan saya. Saya mahu penonton melihat karya ini seperti sesuatu yang melambangk­an diri saya.

“Sebenarnya, saya hantar karya ini di saat-saat akhir kerana saya ambil masa untuk memilih karya yang bersesuaia­n dengan apa yang saya mahu sampaikan dan juga bersesuaia­n dengan tema KPTNS tahun ini.

“Sebelum ini, saya sememangny­a sudah mempunyai koleksi karya saya sendiri kerana minat dalam bidang seni lukis itu sudah saya tonjolkan sejak kecil dan disokong oleh orang yang paling penting dalam hidup saya iaitu kedua ibu bapa saya,” katanya.

 ??  ?? JOSRIE bergambar bersama karyanya ‘For Sale’.
JOSRIE bergambar bersama karyanya ‘For Sale’.
 ??  ?? ALISA bergambar bersama karyanya bertajuk Pemandanga­n Tamu Pekan Kota Belud.
ALISA bergambar bersama karyanya bertajuk Pemandanga­n Tamu Pekan Kota Belud.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia