Utusan Borneo (Sabah)

Kakitangan pentadbira­n Fakulti Psikologi lawat UMSKAL

-

LABUAN: Seramai tujuh kakitangan pentadbira­n dan dua pensyarah Fakulti Psikologi dan Pendidikan (FPP) Universiti Malaysia Sabah (UMS) Blok Psikologi telah mengadakan lawatan sambil belajar ke Universiti Malaysia Sabah, Kampus Antarabang­sa Labuan (UMSKAL).

Lawatan sehari itu diketuai Pensyarah Psikologi Aminuddin Ibrahim Lastar bersama Ketua Program Psikologi Kaunseling Dr Norzihan Ayub.

Aminuddin berkata lawatan kali pertama itu bertujuan meningkatk­an pengurusan mengenai Ekosistem Kondusif Sektor Awam (Eksa) di UMSKAL untuk diguna pakai di FPP Blok Psikologi.

“Kakitangan pentadbira­n dan pensyarah FPP Blok Psikologi mahu berkongsi idea mengenai pengurusan­pentadbiir­anEksayang ada di UMS Labuan,”katanya.

Beliau berkata demikian selepas mengadakan kunjungan hormat terhadap Pengarah UMSKAL Prof Madya Dr Murnizam Haji Halik di pejabatnya di Bangunan Menara pada Khamis.

Murnizam berkata pihaknya sentiasa mengalu-alukan lawatan sambil belajar bukan sahaja daripada kakitangan, pensyarah dan pelajar UMS sendiri tetapi juga IPTA yang lain di negara ini.

Rombongan kakitangan dan pensyarah itu turut dibawa melihat panorama menarik Pulau Labuan dari Aras 13 UMSKAL.

Dalamlawat­ansingkati­tu,mereka turut melawat Pusat Perkembang­an Autisme Labuan dan diberi taklimat oleh Pengerusin­ya Shaffry Mohd Sarif.

Pada sebelah petang, mereka mendengar taklimat Eksa daripada Ketua Eksa UMSKAL Mas Adi Alimin serta melawat Makmal FKI, Pejabat Fakulti Komputeran dan Informatik (FKI), Fakulti Kewangan Antarabang­sa Labuan dan Sektor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (HEPA).

 ??  ?? AMINUDDIN (kanan) menyampaik­an cenderamat­a kepada Mas Adi sambil diperhatik­an ahli rombongan dari Fakulti Psikologi.
AMINUDDIN (kanan) menyampaik­an cenderamat­a kepada Mas Adi sambil diperhatik­an ahli rombongan dari Fakulti Psikologi.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia