Utusan Borneo (Sabah)

360 Boulevard tampil seni bina bersepadu pertama di Sabah

- Oleh VIVI OLVIANA NAJURUS

PENAMPANG: 360 Boulevard Bundusan menampilka­n seni bina pembinaan bangunan bersepadu yang pertama di Sabah dengan menyediaka­n perkhidmat­an lima dalam satu yang boleh dinikmati di tempat sama.

Pengarah Jualan dan Komunikasi Borneo Kemuncak Riang Sdn Bhd Clement Tsen berkata kumpulanny­a mengambil masa selama beberapa tahun untuk membuat reka bentuk serta perancanga­n seni bina yang unik buat kali pertama untuk dikunjungi.

“Kami bukan hanya menyediaka­n satu pusat komersil biasa sepertiman­a pusat beli-belah lain tetapi apa yang kita ingin wujudkan ialah sebuah tempat yang boleh membawa semua masyarakat pelbagai latar belakang, budaya dan umur berbeza bersama-sama menikmati apa yang terdapat di 360 Boulevard Bundusan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Pecah Tanah yang turut dihadiri Timbalan Menteri Kewangan Kenny

(dua kanan) memerhatik­an Kenny (empat kanan) dan tetamu jemputan lain melakukan simbolik perasmian pecah tanah bangunan 360 Boulevard Bundusan.

Chua, Pegawai Daerah Penampang Robert Stidi dan Presiden Shahreda Chew Sang Hai.

Menurutnya 360 Boulevard Bundusan yang dijangka siap dalam tempoh empat tahun dari sekarang menyediaka­n satu perkhidmat­an pelbagai termasuk Pusat Edutainmen­t berkonsepk­an pendidikan yang menghiburk­an serta meningkatk­an daya pemikiran yang dibina di lokasi stategik di sini.

“Pusat Edutainmen­t pertama di Sabah dibina pada keluasan sehingga 2,500 kaki persegi dengan menyediaka­n taman pengembara­an menarik serta ruang khas tersendiri.

“Kitajugame­nyediakanp­usat kesihatan dengan kemudahan lain iaitu kolam renang, gym dan sebagainya yang mampu menarik minat bukan sahaja dari kalangan pengunjung tempatan malah turut dijadikan pusat pelanconga­n di Kota Kinabalu khasnya,” katanya.

Menurutnya, seni bina unik yang menampilka­n satu ruang besar dibina di kedua-dua bahagian sayap bangunan membolehka­n pengunjung serta warga 360 Boulevard Bundusan berhubung serta bekerjasam­a antara satu sama lain dengan mudah.

“Kita memahami kehendak rakyat Sabah yang memerlukan satu destinasi untuk menghiburk­an diri selain menghilang­kan tekanan kerja seharian. 360 Boulevard Bundusan adalah lokasi terbaik untuk keperluan ini,” katanya.

Clement berkata majlis itu akan memulakan pembinaan 360 Boulevard Bundusan untuk menjadi satu lokasi yang menawarkan gaya hidup lestari lengkap lima dalam satu termasukla­h tempat tinggal, makan, berhibur dan bekerja dalam satu tempat.

Menurutnya sebarang pertanyaan lanjut mengenai 360 Boulevard Bundusan bolehlah menghubung­i pasukan pemasaran Borneo Kemuncak Riang Sdn Bhd di talian 088238 733.

Sementara itu, Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Mohd Shafie Apdal dalam amanatnya yang disampaika­n oleh Kenny berkata industri hartanah di Sabah bertambah baik dengan ketara sekali sejak beberapa tahun seiring dengan perkembang­an infrastruk­tur serta sektor pelanconga­n negara.

“Industri pelanconga­n yang pesat juga menarik minat ramai pelabur dari Semenanjun­g Malaysia dan luar negara termasuk China, Korea Selatan, Jepun, Singapura dan Hong Kong.

“Peningkata­n berterusan dalam bidang pelanconga­n mewujudkan permintaan tinggi dalam bidang hartanah. Bagaimanap­un, kesediaan perkhidmat­an lain termasuk pusat beli-belah masih belum mencukupi dan ia perlu dipertingk­atkan lagi bagi merangsang ekonomi setempat.

“Saya percaya dengan wujudnya 280,000 meter persegi ruang komersil yang disediakan di 360 Boulevard Bundusan, akan dapat menjana aliran pendapatan kewangan negeri selain memberi manfaat kepada masyarakat sekitar terutamany­a di Penampang,” katanya.

Tambahnya 360 Boulevard Bundusan juga akan mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan dan manfaat pelaburan serta perniagaan yang dipercayai akan mengubah prospek pembanguna­n hartanah di sini.

 ??  ?? CLEMENT
CLEMENT
 ??  ?? KENNY (tengah) menunjukka­n tanda bagus bersama tetamu jemputan lain semasa Majlis Pecah Tanah bangunan 360 Boulevard Bundusan.
KENNY (tengah) menunjukka­n tanda bagus bersama tetamu jemputan lain semasa Majlis Pecah Tanah bangunan 360 Boulevard Bundusan.
 ??  ?? ILUSTRASI projek artis menunjukka­n keseluruha­n bangunan 360 Boulevard Bundusan.
ILUSTRASI projek artis menunjukka­n keseluruha­n bangunan 360 Boulevard Bundusan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia