Utusan Borneo (Sabah)

Jurufoto perlu tahu cara berinterak­si dan berkomunik­asi

-

KOTA KINABALU: Tidak lengkap sebuah artikel tanpa foto-foto yang dikepil bersama, begitu juga foto yang cantik, tidak semua mampu tafsirkan keseluruha­n peristiwa, tanpa ada artikel untuk dibaca.

Namun siapa sangka, merakam foto yang sempurna rupa-rupanya tidak mudah, melihat kerja di sebalik tabir ketika menyertai jurufoto Jabatan Penerangan (Japen) Sabah mengendali­kan sesi foto bersama Ketua Menteri dan ahli-ahli Dewan Undangan Negeri ternyata memberi satu pengalaman baharu.

Menurut Ketua Unit Jurufoto Volintine Jiloh, cabaran yang perlu dihadapi oleh seorang jurufoto bukan hanya menguasai teknik fotografi, tetapi juga perlu tahu cara berinterak­si dan berkomunik­asi dengan baik.

“Komunikasi itu penting apatah lagi bila berhadapan tugas yang melibatkan model, seperti tugasan selama dua hari ini, kami perlu merakamkan barisan Kabinet negeri Sabah.

“Komunikasi yang berkesan dapat membangkit­kan perasaan ceria agar foto yang terhasil dapat menggambar­kan barisan kepimpinan negeri yang tampak tegas tetapi mesra dan ceria di mata rakyat,” jelasnya yang sudah 18 tahun berkhidmat sebagai jurufoto Japen.

Bukan sekadar komunikasi, jurufoto juga perlu memastikan barisan kepimpinan mengenakan pakaian dengan kemas, rambut disikat rapi, senyuman yang manis dengan raut wajah segar untuk menyerlahk­an lagi imej positif mereka.

Tambah Volintine, selain mengendali­kan acara kunjungan hormat, Unit Jurufoto Japen bertanggun­gjawab sepenuhnya merakamkan semua acara yang berlaku di Istana Negeri dan seluruh negeri yang melibatkan TYT dan Toh Puan.

“Oleh itu, kami perlu menguasai kemahiran protokol, kerana sebagai jurufoto rasmi kerajaan sudah tentu melibatkan peradaban ketika mengambil gambar pembesar negeri juga tetamu dari negara luar.

“Apa yang pasti, mereka inilah yang bertanggun­gjawab merakamkan foto yang bakal menjadi sejarah di kemudian hari, kerana fizikal sesuatu tempat itu sentiasa berubah mengikut perkembang­an semasa dan tuntutan kemajuan,” katanya.

Dalam pada itu, Pengarah Japen Sabah Norzawiyah Bulka berbangga kerana kakitangan jabatan itu khususnya jurufoto memainkan peranan besar dalam merakamkan peristiwa penting sebagai simpanan di dalam Pusat Sumber dan Fotografi Japen untuk dijadikan sumber rujukan orang ramai.

“Jurufoto Japen mempunyai skop tugas yang luas, tidak hanya merakamkan gambar potret, tetapi termasukla­h foto landskap, pembanguna­n infrastruk­tur, bencana alam, hidupan liar serta flora dan fauna.

“Mereka ini juga yang bertanggun­gjawab merakam foto Yang di-Pertuan Agong dan Perdana Menteri serta ahli-ahli Kabinet di seluruh negara, dan hasilnya nanti akan dicetak dan dijadikan poster, sebagai edaran umum termasukla­h kepada jabatanjab­atan kerajaan serta agensiagen­si swasta.

 ??  ?? VOLINTINE (dua dari kiri) bersama jurufoto yang lain ketika sesi foto bersama Shafie (tiga dari kanan).
VOLINTINE (dua dari kiri) bersama jurufoto yang lain ketika sesi foto bersama Shafie (tiga dari kanan).
 ??  ?? NORZAWIYAH (kanan) meneliti poster Perdana Menteri di Pusat Maklumat Rakyat.
NORZAWIYAH (kanan) meneliti poster Perdana Menteri di Pusat Maklumat Rakyat.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia