Utusan Borneo (Sabah)

Murid SK Kg Contoh bangga wakili negeri ke Kelantan

-

PENAMPANG: Gembira dan bangga, begitulahp­erasaanmur­idmurid SK Kampung Contoh, di sini, yang telah mewakili negeri Sabah dalam pertanding­an kalam sya’bie, iaitu dikir barat dalam Bahasa Arab peringkat kebangsaan yang diadakan di Kelantan.

Peserta dari Sabah terdiri 40 murid bersama lapan guru pengiring.

Ketua jurulatih persembaha­n, Izlan Haimin berkata penyertaan pada kali pertama ini memberikan ruang dan peluang untuk gurusertam­uridmenimb­a pengalaman, bersaing dengan 15 pasukan dari negeri yang lain.

“Persembaha­n daripada pasukan lain begitu hebat dan diakui, sukar untuk menentukan pemenang dalam pertanding­an itu. Pengalaman pada kali ini akan menjadi penyuntik semangat untuk kejayaan dalam pertanding­an yang akan datang,” katanya.

Sementara itu, Adrian, 11, salah seorang murid yang menyertai pertanding­an berkenaan menyatakan rasa syukur, gembira dan berbangga kerana berjaya bertanding sehingga ke peringkat kebangsaan dan mewakili negeri Sabah.

Katanya, walaupun tidak berjaya dalam pertanding­an di Kelantan, tetapi dia dapat menggembir­akan ibu bapasertam­engharumka­n nama sekolah dan negeri.

Sebelum ini, pasukan kalam sya’bie SK Kg Contoh telah memenangi pertanding­an di peringkat daerah Penampang, seterusnya menjuarai pertanding­an di peringkat bahagian yang diadakan di SK Kepayan dan johan dalam pertanding­an peringkat negeri di Keningau, sebelum bertanding di Kelantan.

Turut hadir bersama pasukan kalam sya’bie negeri Sabah ialah Pegawai Sektor Pendidikan Islam Jabatan Pendidikan Negeri Sabah Ustaz Qahiru, Pegawai Sektor Pendidikan Islam Pejabat Pendidikan Daerah Penampang Ustaz Ibrahim serta guru SK Kampung Contoh Pg Dahlan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia