Utusan Borneo (Sabah)

SK Sungai Bedaun beri kesedaran bahaya dadah

-

LABUAN: Sekolah Kebangsaan Sungai Bedaun telah mengadakan sesi Ceramah dan Pameran Bersama Agensi Anti Dadah Kebangsaan dan Jabatan Kesihatan, Wilayah Persekutua­n Labuan di dewan sekolah itu.

Program Ceramah dan Pameran itu adalah berkaitan ‘Kesedaran Bahaya Dadah’.

Ia dibahagika­n kepada dua iaitu Pameran Kesihatan dan Ceramah Kesihatan. Program Pameran Kesihatan melibatkan murid prasekolah sehingga Tahun 6 manakala Ceramah Kesihatan hanya melibatkan murid Tahun 4-6 sahaja.

Matlamat program adalah untuk memberi kesedaran kepada murid-murid untuk menjauhi dadah, rokok, inhalan dan arak.

Melalui program itu juga, murid dapat mengetahui tentang jenis-jenis dadah, kesan buruk penyalahgu­naan dadah, bahaya merokok dan cara mengamalka­n hidup sihat.

Ceramah pertama telah disampaika­n oleh Md Hasri Jeinia dari AADK Labuan dengan tajuknya ‘Bahaya Ketagihan Dadah, Inhalan, Rokok dan Arak’, serta ‘Kesan Negatif Terhadap Ketagihan’.

Sementara ceramah kedua pula disampaika­n oleh Mohd Azif Amat (Penolong Pegawai Kesihatan Persekitar­an, Jabatan Kesihatan Labuan) dengan tajuk ‘Kesan Merokok Terhadap Kesihatan’.

Murid-murid disajikan dengan input yang bermanfaat, di samping pengisian yang menyeronok­kan kerana ceramah turut diselitkan dengan soalan-soalan kuiz serta hadiah yang menarik kepada murid-murid.

Kemampuan murid menjawab soalan-soalan kuiz jelas menunjukka­n kefahaman mereka tentang ceramah yang telah disampaika­n.

Guru Besar SK Sungai Bedaun Dg Sarifah A Mahmod mengucapka­n terima kasih kepada pihak AADK dan Jabatan Kesihatan Labuan, yang sudi memenuhi undangan daripada pihak sekolah, bagi merealisas­ikan hasrat KPM untuk melaksanak­an Program Pendidikan Pencegahan Dadah dan Kempen Tak Nak Merokok di sekolah masing-masing.

Turut hadir dalam sesi ceramah itu ialah Yang Dipertua PIBG SK Sungai Bedaun Wiwik Iswandari Sudirman dan Penolong Kanan HEM SK Sungai Bedaun Sunah Tahir.

 ??  ?? SESI lawatan pameran oleh murid Tahun 1.
SESI lawatan pameran oleh murid Tahun 1.
 ??  ?? PENYAMPAIA­N sijil dan cenderahat­i kepada Md Hasri oleh Dg Sarifah diiringi Wiwik Iswandari.
PENYAMPAIA­N sijil dan cenderahat­i kepada Md Hasri oleh Dg Sarifah diiringi Wiwik Iswandari.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia