Utusan Borneo (Sabah)

Jabatan Bendahari UMS anjur Kursus Lanjutan MPSAS

-

KOTA KINABALU: Jabatan Bendahari Universiti Malaysia Sabah (UMS) dengan kerjasama Bahagian Sumber Manusia, Jabatan Pendaftar UMS telah mengadakan Kursus Lanjutan ‘Malaysian Public Sector Accounting Standard’ (MPSAS).

Ia adalah sebagai usaha memperkuku­hkan lagi pemahaman terhadap MPSAS yang merupakan piawaian perakaunan untuk entiti perakaunan sektor awam di Malaysia.

Bendahari UMS Zallifah Shadan berkata, kursus itu merupakan lanjutan kepada kursus pengenalan MPSAS yang telah diadakan di universiti itu pada Julai tahun lalu.

“Selain daripada kakitangan UMS, kursus pada kali ini juga mendapat penyertaan daripada beberapa universiti awam dan agensi kerajaan antaranya Universiti Malaysia Pahang, Universiti Malaysia Kelantan, Lembaga Pelanconga­n Sabah, Lembaga Kemajuan Perhutanan Negeri Sabah, Lembaga Kebudayaan Negeri Sabah, Lembaga Sukan Sabah, Lembaga Pembanguna­n dan PerumahanB­andarserta­Dewan Bandaraya Kota Kinabalu.

“Kita berasa amat bertuah kerana kursus ini dikendalik­an oleh Ramesh Ruben Louis, seorang perancang kewangan bertauliah yang berpengala­man luas dalam mengendali­kan kursus dan latihan perakaunan, pengaudita­n serta pengurusan risiko dengan pelbagai syarikat atau agensi kerajaan dalam pelbagai industri seperti perladanga­n, pembanguna­n hartanah, perkapalan, perdaganga­n, teknologi maklumat dan sebagainya,” katanya ketika menyampaik­an ucapan alu-aluan sempena program itu di sebuah hotel di sini.

Justeru katanya, diharapkan kursus itu dapat membantu para peserta untuk lebih memahami tentang pemakaian MPSAS sebagai rangka kerja pelaporan kewangan serta mengaplika­sikan ilmu pengetahua­n yang dipelajari di organisasi masing-masing.

Kursus yang dihadiri lebih 100 peserta itu antara lain bertujuan membantu peserta mengenal pasti impak pelaksanaa­n MPSAS dalam operasi kewangan harian serta membantu dalam penyediaan penyata kewangan yang mematuhi MPSAS di organisasi masing-masing.

Kursus itu yang berlangsun­g selama tiga hari membincang­kan tentang perakaunan untuk aset, perakaunan untuk belanja dan liabiliti, perakaunan untuk instrumen kewangan, perakaunan untuk hasil dan pelaporan penyata kewangan.

 ??  ?? ZALLIFAH (tujuh dari kanan) dan Ramesh (enam dari kanan) merakamkan gambar kenangan bersama peserta.
ZALLIFAH (tujuh dari kanan) dan Ramesh (enam dari kanan) merakamkan gambar kenangan bersama peserta.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia