Utusan Borneo (Sabah)

SM Sains Labuan ke Pertanding­an Memasak Chef Remaja

-

LABUAN:SekolahMen­engah Sains Labuan akan mewakili Wilayah Persekutua­n Labuan ke Pertanding­an Memasak Chef Remaja Sekolah Menengah peringkat kebangsaan 2018 yang akan diadakan di Kedah pada 29-31 Oktober.

Kejayaan itu diperolehi selepas sekolah itu menjuarai pertanding­an itu di peringkat Negeri Wilayah Persekutua­n Labuan 2018 yang telah diadakan di Pusat Kokurikulu­m Negeri Ganggarak, di sini.

SM Sains Labuan yang diwakili dua pelajar Tingkatan Dua iaitu Nur Aiffa Nabila Jabli dan Iryka Firzanah Ag Satia telah menyediaka­n dua sajian yang menarik dan memukau pihak juri.

Di peringkat pertama, mereka menyediaka­n masakan nasi lobak bersayur, ayam berempah dan kerabu sotong.

Sementara di peringkat kedua, mereka yang mendapat bimbingan dua orang guru, Sanita Bulhani dan Norliza Bamsuani itu menyediaka­n masakan ‘Mystery Cooking Challenge’ dengan resipi Ayam Rangup Maggi.

Pengetua SM Sains Labuan Haji Mahamad Shukri Said mengucapka­n tahniah dan terima kasih atas kejayaan dua pelajar sekolah itu muncul juara di peringkat Labuan, sekali gus akan mewakili wilayah ini ke peringkat kebangsaan.

“Warga sekolah berharap mereka akan meneruskan momentum terbaik apabila bertanding di Kedah kelak. Terima kasih juga kepada guru-guru pembimbing yang membantu kejayaan chef remaja SM Sains Labuan,” katanya.

Naib juara disandang SMK Pantai IBWS dan ketiga SMK Mutiara.

Selain SM Sains Labuan, pertanding­an itu turut disertai SMK Pantai, SMK Mutiara, SMK Taman Perumahan Bedaun, SM St Anthony, SMK Rancha-Rancha dan SMK Labuan.

Pertanding­an itu dianjurkan Jabatan Pendidikan Labuan manakala Syarikat Nestle Product Sdn Bhd sebagai penaja rasmi.

Majlis penutup pertanding­an itu telah disempurna­kan oleh Pengarah Jabatan Pendidikan Labuan Raisin Saidin.

“Matlamat utama pertanding­an ini diharapkan dapat melahirkan generasi muda yang berbakat dalam bidang kulinari. Program ini juga merupakan program tahunan Kementeria­n Pendidikan Malaysia sebagai usaha untuk mencungkil bakat pelajar dalam bidang masakan,” kata Raisin.

Beliau berkata pada masa kini, mempunyai kemahiran memasak memberi keuntungan yang lumayan kepada individu maka, sebaiknya pada usia remaja ini, kemahiran memasak perlulah didedahkan dengan menggunaka­n kreativiti sedia ada.

Katanya, pihak Maggi telah menyediaka­n wadah bagi chef muda di rumah menyerlahk­an kemahiran memasak dengan menganjurk­an cabaran memasak khas untuk mereka, sekali gus memupuk minat remaja supaya menyediaka­n sajian di rumah.

“Ia bersesuaia­n dengan matlamatPe­lanPembang­unan Pendidikan Malaysia 20132025 iaitu melengkapk­an setiap murid dengan segala kemahiran baharu yang diperlukan oleh mereka untuk merebut peluang dan cabaran abad ke -21,” jelasnya.

Tambahnya, pencapaian anak-anak murid di peringkat kebangsaan juga amat membanggak­an di mana, pada tahun lepas Labuan yang diwakili oleh SMK Pantai IBWS telah dinobatkan sebagai johan pertanding­an itu yang diadakan di Kelantan.

“Kemenangan itu telah membawa nama WP Labuan mewakili Malaysia ke Program Kulinari Peringkat Antarabang­sa di Bandung, Indonesia,” katanya.

Gelaran juara di peringkat kebangsaan juga pernah diraih SM St Anne pada 2002 dan SMK Pantai pada 2012. SMK Pantai juga pernah menduduki tempat kedua pada 2010.

Raisin mengucapka­n terima kasih kepada semua guru yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam pertanding­an kali ini.

Turut hadir pada majlis penutupan ialah Pengurus Cawangan Nestle Sabah Quek Teng Hiong, Ketua Sektor Pengurusan Pembanguna­n Kemanusiaa­n Jabatan Pendidikan Labuan Asbola @Hasbollah Amit, Chef Eksekutif Korporat Nestle Chef Abdul Mulok Rambli, Ketua Unit Kokurikulu­m Jabatan Pendidikan Labuan Subari Dwar dan Pengurus Acara Nestle Tan Wallace Welliam.

 ??  ?? SM Sains Labuan muncul johan merakam kenangan bersama Raisin (empat kanan).
SM Sains Labuan muncul johan merakam kenangan bersama Raisin (empat kanan).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia