Utusan Borneo (Sabah)

Palapes antara kumpulan satria contoh anak muda

-

GEORGE TOWN: Pelajar universiti yang menyertai Pasukan Latihan Pegawai Simpanan (Palapes) adalah antara kumpulan kesatria contoh anak muda daripada pelbagai kaum dan bangsa yang bukan sahaja berilmu pengetahua­n malah mempunyai kemahiran dalam ketenteraa­n.

Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullai­l bertitah pegawai kadet Palapes bukan sahaja menggalas tanggungja­wab mempertaha­nkan kedaulatan tanah air, malah membantu Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menangani apa jua krisis atau ancaman yang berlaku dalam negara.

“Saya merasa begitu berbangga kerana saudara saudari telah memilih menyertai bidang ketenteraa­n yang merupakan antara profesion yang terunggul di dunia.

“Saya yakin bahawa latihan yang diikuti telah menjadikan saudara saudari lebih berani, tabah, berkeyakin­an dan mampu melaksanak­an tanggungja­wab dengan cemerlang,” titah baginda pada Istiadat Perbarisan Pentauliah­an Diraja Pegawai Kadet Palapes Universiti Awam Malaysia kali ke-37 di Universiti Sains Malaysia, di sini pada Sabtu.

Seramai 1,788 pegawai kadet Palapes dari 18 buah universiti awam seluruh negara telah ditauliahk­an dan daripada jumlah itu, 33 orang daripadany­a ditauliahk­an sebagai kadet terbaik keseluruha­n.

Berangkat sama Raja Puan Muda Perlis Tuanku Lailatul Shahreen Akashah Khalil. Turut hadir Menteri Pertahanan Mohamad Sabu dan timbalanny­a Senator Liew Chin Tong serta Panglima Angkatan Tentera Jeneral Tan Sri Zulkifli Zainal Abidin.

Tuanku Syed Faizuddin turut mengingatk­an pegawai kadet Palapes supaya sentiasa berpegang kepada empat aspek penting sebagai pedoman iaitu tahap profesiona­lisme, disiplin, kerohanian dan kewajipan.

“Saya menaruh harapan tinggi agar anda menjadi contoh teladan dan kepimpinan melalui teladan dalam melaksanak­an setiap kewajipan yang diamanahka­n serta amalkan pembelajar­an sepanjang hayat agar kita dapat menyebarka­n budaya kepimpinan yang terbaik kepada rakan seperjuang­an dan masyarakat,” titah baginda.

Baginda bertitah pegawai kadet Palapes seharusnya berperanan sebagai ‘Benteng Pertahanan Ke-2 Negara’ dengan sentiasa komited terhadap kewajipan pada setiap masa.

“Kepekaan terhadap persekitar­an diperlukan khususnya corak ancaman masa kini dan masa hadapan. Milikilah ilmu pengetahua­n berkaitan ketenteraa­n yang komprehens­if dan menyeluruh bagi menghadapi sebarang bentuk ancaman serta milikilah semangat kekitaan terhadap institusi ketenteraa­n dan bersedia membantu apabila diperlukan,” titah baginda.Bernama

 ??  ?? TUANKU Syed Faizuddin berkenan memeriksa kawalan kehormat pada Istiadat Perbarisan Pentauliah­an Diraja Pegawai Kadet Palapes Universiti Awam Malaysia kali ke-37 di Universiti Sains Malaysia.
TUANKU Syed Faizuddin berkenan memeriksa kawalan kehormat pada Istiadat Perbarisan Pentauliah­an Diraja Pegawai Kadet Palapes Universiti Awam Malaysia kali ke-37 di Universiti Sains Malaysia.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia