Utusan Borneo (Sabah)

‘Lebai Ali Food Street’ tarikan baharu di Kuantan

-

KUANTAN: Bandar Kuantan kini memiliki tarikan pelanconga­n terbaharu dengan wujudnya Jalan Lebai Ali Food Street yang memberi pilihan kepada pelancong dalam dan luar negara untuk menikmati pelbagai juadah menarik.

Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata keistimewa­an pusat jualan makanan setempat itu terletak kepada deretan trak makanan yang menjadi trend masa kini, yang setiap satunya mempunyai keunikan hidangan tersendiri.

Katanya, setakat ini terdapat 14 pengusaha trak makanan terlibat di Jalan Lebai Ali, dan beliau berharap jumlah itu dapat ditingkatk­an pada masa hadapan bagi memberi lebih banyak pilihan kepada pengunjung.

“Saya pernah datang mencuba makanan di Jalan Lebai Ali Food Street seperti stik, kueh teow goreng dan buah-buahan tempatan .... ia memang antara paling enak dibandingk­an dengan tempat lain.

“Saya harap lokasi terbaharu pelanconga­n berasaskan makanan sebagai tarikan utama ini ini dapat bertahan lama dan menerima sambutan hangat. Promosi berterusan perlu dilakukan supaya dapat bersaing dengan lokasi lain,” katanya.

Wan Rosdy berkata demikian semasa berucap semasa merasmikan Majlis Perasmian Lebai Ali Food Street di sini pada Jumaat, yang turut dihadiri Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Seri Muhammad Safian Ismail, Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Inderapura Datuk Seri Shafik Fauzan Sharif dan Yang Dipertua Majlis Perbandara­n Kuantan Datuk Fadzilla Salleh.

Beliau juga mengingatk­an pengusaha makanan di situ untuk menjaga kebersihan, mengenakan harga berpatutan dan mengekalka­n kualiti produk jualan mereka yang merupakan ‘petua’ untuk mengekalka­n pelanggan sedia ada dan menarik pengunjung baharu.

“Ia juga membuka ruang lebih luas kepada para peniaga untuk berniaga menggunaka­n trak makanan yang mudah bergerak berbanding restoran,” katanya.- Bernama.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia