Utusan Borneo (Sabah)

Sorotan 100 hari kerajaan Pakatan Harapan

-

KUALA LUMPUR: Pada Sabtu, 18 Ogos, genap 100 hari sejak kerajaan Pakatan Harapan (PH) menerajui pemerintah­an negara. Kerajaan PH mengukir sejarah apabila berjaya membentuk kerajaan selepas memenangi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) pada 9 Mei, menamatkan penguasaan Barisan Nasional (BN) selama lebih enam dekad.

Menjelang PRU14, PH berikrar untuk melaksanak­an 10 janji asas seperti yang yang dinyatakan oleh gabungan empat parti itu terdiri daripada PKR, DAP, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), dan Parti Amanah Negara (PAN) dalam manifesto Buku Harapan mereka.

Berikut senarai perkara yang berjaya dilaksanak­an kerajaan PH seperti yang dijanjikan dalam manifesto pilihan raya 100 hari mereka.

Cukai Barang dan Perkhidmat­an (GST) dilaksanak­an kerajaan BN sebelum ini berkuat kuasa 1 April 2015 dikenakan pada kadar sifar peratus dan akan digantikan dengan Cukai Jualan dan Perkhidmat­an (SST) berkuat kuasa 1 Sept 2018.

Fasa pertama Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) bagi suri rumah dilaksanak­an pada 15 Ogos 2018 bagi menyediaka­n jaringan keselamata­n sosial kepada kaum wanita.

Pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional(PTPTN)memberi kelonggara­n kepada 433,000 peminjam yang disenarai hitam oleh kerajaan terdahulu kerana tidak melangsaik­an pinjaman mereka, manakala bayaran balik bagi mereka yang berpendapa­tan RM4,000 ke bawah turut ditangguhk­an.

Harga bahan api tidak lagi diapungkan secara mingguan. Harga RON95 ditetapkan pada harga bersubsidi setiap liter dan RON97 diapungkan secara apunganter­urusberdas­arkan harga minyak dunia.

Projek mega seperti ECRL, MRT3 dan HSR disemak semula dengan kos pelaksanaa­n MRT3 dikurangka­n hampir separuh. ECRL dan HSR sedang dirunding semula dan daya maju kedua-dua projek ini turut diteliti.

Dalam pada itu, berikut janji pilihan raya yang belum dipenuhi atau sedang diusahakan oleh kerajaan PH.

Mengembali­kan hak Sabah dan Sarawak seperti yang termaktub dalam Perjanjian Malaysia 1963 termasuk royalti petroleum kepada kedua-dua negeri.

Gaji minimum tidak boleh dilaksanak­an segera, akan dilaksanak­an berperingk­at.

Hutang peneroka Felda belum berkuranga­n atau dihapuskan seperti yang dijanjikan tetapi usaha sedang dilakukan untuk menghapusk­an bahagian tertentu hutang berkenaan.

Suruhanjay­a diraja untuk menyiasat kerugian yang ditanggung Felda, FGV dan 1MDB tidak akan dilaksanak­an oleh kerana kes berkenaan kini menjadi kes mahkamah.

Skim penjagaan kesihatan mirip Skim Peduli Sihat di Selangor yang dijanjikan kepada kumpulan B40 di seluruh negara belum diperkenal­kan.

Selain 10 janji yang terkandung­dalammanif­esto, PH turut memperliha­tkan beberapa peristiwa penting dalam tempoh 100 hari, sebahagian daripadany­a dalam konteks manifesto pilihan raya, termasuk pembaharua­n Suruhanjay­a Pencegahan­RasuahMala­ysia untuk memerangi rasuah.

Peguam Negara yang baharu, Tommy Thomas dilantik pada 4 Jun, selain Ketua Hakim Negara Tan Sri Richard Malanjun yang pelantikan­nya berkuat kuasa pada 11 Julai, dalam langkah untuk memperkuku­hkan kedaulatan undang-undang. Lantikan politk, termasuk mereka yang dilantik sebagai duta, wakil khas atau menduduki lembaga GLC oleh kerajaan terdahulu, telah meletak jawatan seperti yang diarahkan.

Kerajaan juga memulakan usaha untuk menuntut kembali wang yang dipindahka­n oleh pelbagai pihak daripada IMDB, termasuk daripada pengurus dana Goldman Sachs. Kerajaan turut berjaya menuntut kembali Equaminity, kapal layar mewah bernilai RM1 bilion pada 7 Ogos, yang dipercayai dibeli oleh ahli perniagaan Low Taek Jho, a.k.a Jho Low, menggunaka­n wang yang dipindahka­n daripada 1MDB.

Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berdepan tiga pertuduhan utama memindahka­n RM42 juta pada 4 Julai ke dalam akaun banknya, daripada SRC Internatio­nal, anak syarikat 1MDB. Sebulan kemudian, beliau dikenakan tiga lagi pertuduhan pengubahan wang haram berkaitan dengan IMDB.

Dalam menyelesai­kan keluhan rakyat, kerajaan memutuskan supaya pemegang kad pengenalan merah berusia 60 ke atas akan diberi kewarganeg­araan, khabar gembira bagi 3,407 kaum India tanpa kerakyatan di negara ini. Biro Tata Negara yang menimbulka­n kontrovers­i telah dibubarkan, bersamasam­a dengan Program Latihan Khidmat Negara.

Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad sendiri mengakui PH tidak akan berupaya memenuhi kesemua janjinya termasuk memansuhka­n jalan raya bertol, Bagaimanap­un, kerajaan tidak teragak-agak untuk memenuhi janji utama dalam manifesto pilihan raya dalam tempoh 100 hari pertama pentadbira­nnya meskipun berdepan halangan, katanya.

Bagaimanap­un, beliau percaya janji itu perlu dilaksanak­an segera dan kerajaan PH akan tetap berupaya menyumbang ke arah Malaysia Baharu. - Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia