Utusan Borneo (Sabah)

Pesawat China tergelinci­r di lapangan terbang Manila berjaya dialihkan

-

MANILA: Sebuah pesawat China yang tergelinci­r dari landasan di lapangan terbang Manila telah dialihkan dari kawasan berlumpur di mana ia telah terkandas selama lebih dari sehari, menurut pihak berkuasa, membenarka­n operasi seperti biasa diteruskan semalam.

Kira-kira 165 pesawat antarabang­sa dan tempatan telah dibatalkan kelmarin dan semalam di lapangan terbang utama di ibu negara Filipina, menurut pegawai media lapangan terbang Connie Bungag.

Pesawat Xiamen Airlines telah mendarat semasa cubaan keduanya sebelum terbabas ke atas rumput, menyebabka­n enjin kirinya tercabut dan menghalang laluan pada lewat petang Khamis.

Seramai 157 penumpang dan lapan kru di dalam pesawat telah berjaya dikeluarka­n tanpa mengalami sebarang kecederaan besar.

Memindahka­n pesawat adalah sukar akibat hujan lebat yang melembutka­n tanah, menjadikan ia sukar bagi meletakkan dua kren yang diperlukan bagi mengangkat pesawat tersebut, menurut pihak berkuasa.

Pada tengah hari semalam, beberapa penerbanga­n telah meneruskan jadual asal mereka, namun beberapa penumpang tidak berpuas hati dengan kepantasan operasi pemulihan.

“Akhirnya,” menurut seorang pemerhati yang tidak berpuas hati. “Itu adalah satu rekod selama 36 jam.”

Jurucakap Civil Aviation Authority of the Philippine­s, Eric Apolonio menyatakan pihak penyiasat telah menemui kotak hitam pesawat dan perakam data penerbanga­n serta akan mengarahka­n pada minggu depan kepada juruterban­g untuk mencari punca kemalangan.

Lapangan terbang itu akan menjadualk­an penerbanga­n khas selepas tengah malam bagi menggantik­an sebahagian dari penerbanga­n yang telah dibatalkan sebelum itu, Bungag memberitah­u AFP. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia