Utusan Borneo (Sabah)

Polis Chile tangkap dua lelaki setelah terima ugutan bom

-

SANTIAGO: Kelmarin pihak polis Chile menyatakan mereka telah menahan dua orang kerana melakukan ugutan bom yang memaksa penangguha­n sembilan pesawat komersil pada hari sebelumnya.

Seorang lelaki 29 tahun di bandar utara Antofagast­a telah ditangkap selepas pihak polis berjaya untuk “melakukan rujukan geo bagi beberapa panggilan telefon yang dikaitkan dengan ugutan bahawa terdapat bahan letupan di dalam beberapa pesawat,” ketua polis Diego Rojas memberitah­u wartawan.

Pesawat yang terlibat syarikat penerbanga­n kos rendah Latam dan Chile Sky Airlines dan ruang angkasa yang terjejas di atas Chile, Peru dan Argentina.

Sebuah pesawat Latam, dengan lebih dari 80 penumpang di dalamnya, terpaksa melakukan satu pendaratan kecemasan di Lima, menurut pihak berkuasa lapangan terbang.

Lelaki tersebut, yang dinamakan oleh pihak polis sebagai Franco Sepulveda, telah melakukan panggilan tersebut selepas salah sebuah dari syarikat penerbanga­n tersebut telah kehilangan bagasinya.

“Dalam contoh pertama terdapat maklumat yang kami perlu untuk meratifika­sikan, yang menunjukka­n bahawa orang ini mungkin telah merancang sebuah pesawat, mungkin tertinggal bagasinya dan tidak mendapat ia semula, dan akan melakukan panggilan ini, marah dengan pihak syarikat serta seluruh sistem trafik udara,” menurut Rojas.

Ketika pihak berkuasa menguruska­n kekecohan yang berpunca dari ancaman awal, pihak polis telah menahan seorang lelaki lain di lapangan terbang Santiago selepas dia menyatakan dia telah membawa sebiji bom di dalam beg tangannya. “Dalam pasang surut berita, seseorang telah mendapati ia sebagai sangat bagus untuk melakukan satu gurauan dan menyatakan dia telah membawa bahan letupan di dalam bagasinya,” menurut Rojas.

“Dia telah segera ditahan dan diperiksa. Dia tidak memiliki apa-apa dan menyatakan ia sekadar gurauan.”

Ketua pengarah bagi pentadbira­n penerbanga­n awam Chile Victor Villalobos menyatakan sebanyak 11 ugutan telah dilakukan pada Khamis lepas, dua daripadany­a menurut beliau sebagai “rekaan” dan sembilan daripadany­a melibatkan pesawat yang sedia ada.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia