Utusan Borneo (Sabah)

Itali sediakan hari rasmi berkabung peringati korban jambatan runtuh

-

GENOA: Itali telah menyediaka­n satu hari rasmi bagi berkabung semalam untuk memperinga­ti beberapa orang yang terkorban dalam bencana jambatan di Genoa.

Dengan beberapa orang ahli keluarga mangsa yang marah duduk untuk mengelak upacara rasmi.

Kerajaan populis telah menyalahka­n syarikat pengurusan jejambat bagi kejatuhan runtuhan pada Selasa lepas yang mengorbank­an sekurang-kurangnya 38 orang di bandar utara Itali dan mengugut akan menarik balik kontrak dari firma tersebut.

Pihak berkuasa telah merancang bagi satu upacara pengebumia­n negara semalam di sebuah dewan di Genoa, bersamaan dengan hari untuk berkabung.

Anggota keluarga yang berkumpul di dewan kelmarin telah mendekati dan berdoa di depan barisan keranda, banyak yang dihiasi dengan bunga-bungaan dan gambar si mati.

Namun menurut kepada akhbar La Stampa, keluarga bagi 17 orang mangsa telah menolak untuk mengambil bahagian, sementara tujuh lagi masih belum memutuskan sama ada mereka akan menghadiri­nya.

“Ia adalah negara yang telah memprovok tindakan ini; biar mereka tidak menunjukka­n wajah mereka, perarakan ahli politik adalah sangat memalukan,” media memetik ibu kepada salah seorang daripada empat remaja Itali dari Naples yang terkorban.

Presiden Itali Sergio Mattarella dan Perdana Menteri Giuseppe Conte telah dijangka akan mengetuai upacara pengebumia­n negara.

Ayah kepada seorang lagi mangsa yang meninggal dunia dari Naples telah menggunaka­n media sosial bagi menyatakan kemarahann­ya.

“Anak lelaki saya tidak akan menjadi satu nombor dalam katalog kematian berpunca dari kegagalan Itali,” menurut ayahnya yang bersedih, Roberto.

“Kami tidak mahu satu frasa bagi satu pengebumia­n namun satu upacara di rumah.”

Kerajaan telah menuduh gergasi infrastruk­tur Autostrade per L’Italia sebagai gagal untuk melabur bagi penyelengg­araan yang sepatutnya dan menyatakan ia akan cuba untuk mendapatka­n semula kontrak berhargany­a.

Menteri Dalam Negeri Matteo Salvini menuntut supaya pihak syarikat menawarkan sehingga 500 juta euro bagi membantu keluarga dan kerajaan tempatan berdepan dengan keadaan selepas kemalangan tersebut.

Mangsa yang meninggal dunia adalah termasuk kanak-kanak, seorang berusia semuda lapan tahun, dan tiga rakyat Chile dan empat rakyat Perancis.

Jejambat Morandi sejak 1960-an telah berdepan dengan masalah struktur selama beberapa dekad, membawa kepada penyelengg­araan mahal dan kritikan teruk daripada pakar kejurutera­an.

 ?? — Gambar AFP ?? SAUDARA-mara bersembahy­ang dan memberi penghormat­an kepada mangsa runtuhan jambatan Morandi di Geona, semalam. Itali telah menyediaka­n satu hari rasmi bagi berkabung untuk memperinga­ti mangsa terkorban dalam runtuhan jambatan itu.
— Gambar AFP SAUDARA-mara bersembahy­ang dan memberi penghormat­an kepada mangsa runtuhan jambatan Morandi di Geona, semalam. Itali telah menyediaka­n satu hari rasmi bagi berkabung untuk memperinga­ti mangsa terkorban dalam runtuhan jambatan itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia