Utusan Borneo (Sabah)

LAMEGA suntik semangat ke IPT

-

PERSATUAN Siswazah Sabah (PSS) menganjurk­an program Lambaian Menara Gading (LAMEGA) di Dewan Resital Universiti Malaysia Sabah (UMS), Kota Kinabalu.

Program itu yang diadakan selama sehari, disertai hampir 100 pelajar Pra-U dan bakal mahasiswa yang akan memasuki universiti sekitar September depan.

Program itu bertujuan menyuntik semangat peserta untuk bersemanga­t menyusun langkah agar mencapai cita-cita melanjutka­n pelajaran ke peringkat pengajian tinggi.

Selain itu, program juga sebagai satu inisiatif PSS mendedahka­n bagaimana menjadi seorang mahasiswa yang mempunyai jati diri unggul, bermotivas­i serta mengetahui bagaimana suasana dan cabaran semasa dalam tempoh pengajian nanti.

Pengarah Program Muhammad Siddiq Bakri memberitah­u program itu memberi pencerahan dan sinar kepada peserta agar mencapai cita-cita adalah bukan satu perkara yang mustahil.

Program itu turut menampilka­n Presiden PSS Hasmadi Hasbi di samping motivator terkenal Mohamad Solhi Mohd Sharif dan Hendri Hamsah. Ia turut menampilka­n mahasiswa Tahun 3 UMS Wahyuni Wahid.

Dalam seminar itu, peserta dihidangka­n dengan pengisian high-impact seperti ‘From Zero to Hero’, Bina Jati Diri serta forum perbincang­an perihal gambaran dan suasana berada di menara gading.

Seorang peserta, Wan Mohamad Norizwan Mohamad melahirkan rasa teruja dan berharap program seperti itu dapat diteruskan lagi di masa akan datang.

“Saya dan rakan-rakan cukup gembira dapat hadir ke program seperti ini kerana sangat bermanfaat dan pengisian yang diberikan amat bermakna bagi kami di masa hadapan nanti,” katanya.

 ??  ?? SESI bergambar bersama peserta LAMEGA PSS.
SESI bergambar bersama peserta LAMEGA PSS.
 ??  ?? BARISAN panel Forum Dunia Universiti - Fantasi atau Realiti.
BARISAN panel Forum Dunia Universiti - Fantasi atau Realiti.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia