Utusan Borneo (Sabah)

Perangsang terbaik buat atlet lain: Syed Saddiq Susulan kejayaan skuad B-23 negara tewaskan Korea Selatan

-

SEPANG: Kemenangan bergaya skuad bola sepak lelaki Bawah 23 tahun negara terhadap Korea Selatan dalam aksi kedua Kumpulan E pentas saingan Sukan Asia Jakarta-Palembang 2018 menjadi inspirasi buat atlet lain menggungul­i sasaran pingat.

Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkata kemenangan 2-1 diraih anak buah Datuk Ong Kim Swee menewaskan juara bertahan itu satu perkembang­an positif selain menjadi pembuka bicara atlet lain memburu pingat dalam sukan masingmasi­ng di temasya itu.

“Satu detik permulaan serta perkembang­an memberangs­angkan mengalahka­n juara bertahan dan dalam masa sama skuad bola sepak membuktika­n mereka berjaya mara ke hadapan sekaligus membanggak­an negara tercinta.

“Ia bukan sahaja memberi inspirasi buat pasukan bahkan buat atlet lain yang turut merasakan kemaraan serta semangat itu. Skuad bola sepak berjaya memecahkan halangan psikologi serta menepis tohmahan bahawa mereka tidak boleh pergi jauh,” katanya ketika ditemui pemberita di Lapangan Terbang Antarabang­sa

Menteri Belia dan Sukan

Kuala Lumpur (KLIA) sebelum berlepas ke Indonesia.

Menurut beliau bersandark­an detik permulaan baik itu, skuad bola sepak negara diyakini meneruskan kesinambun­gan melakar kemenangan di peringkat pusingan kalah mati selepas ini di temasya berkenaan.

Skuad negara kini berada di tangga teratas Kumpulan E dengan mengumpul enam mata selepas beraksi dalam dua perlawanan dan akan berdepan dengan Bahrain dalam aksi terakhir kumpulan pada Isnin.

Syed Saddiq sebelum ini mengumumka­n sasaran tu- juh pingat emas dan kedudukan 10 teratas secara keseluruha­n kepakontin­jen da negara yang dibarisi 426 atlet. -Bernama

“Ia bukan sahaja memberi inspirasi buat pasukan bahkan buat atlet lain yang turut merasakan kemaraan serta semangat itu. Skuad bola sepak berjaya memecahkan halangan psikologi serta menepis tohmahan bahawa mereka tidak boleh pergi jauh.

SYED SADDIQ SYED ABDUL RAHMAN

 ??  ?? SYED SADDIQ
SYED SADDIQ
 ??  ?? PASUKAN Kebangsaan meraikan kemenangan mereka selepas berjaya menewaskan Korea Selatan pada Perlawanan Peringkat Kumpulan Sukan Asia Jakarta Palembang 2018. -Gambar Bernama
PASUKAN Kebangsaan meraikan kemenangan mereka selepas berjaya menewaskan Korea Selatan pada Perlawanan Peringkat Kumpulan Sukan Asia Jakarta Palembang 2018. -Gambar Bernama
 ??  ?? SAFAWI Rasid diasak oleh Penjaga Gol Korea, Song Bumkeun sebelum menjaringk­an gol pertama ketika menentang pasukan Korea Selatan.Gambar Bernama
SAFAWI Rasid diasak oleh Penjaga Gol Korea, Song Bumkeun sebelum menjaringk­an gol pertama ketika menentang pasukan Korea Selatan.Gambar Bernama
 ??  ?? SAFAWI Rasid meraikan jaringan gol pertama buat pasukan kebangsaan. -Gambar Bernama
SAFAWI Rasid meraikan jaringan gol pertama buat pasukan kebangsaan. -Gambar Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia