Utusan Borneo (Sabah)

11 atlet Sabah dalam kontinjen negara ke Sukan Asia

- Oleh VITALIS G BINGKASAN

KOTA KINABALU: Sebelas dari Sabah antara 426 atlet negara ke Sukan Asia 2018 yang sedang berlangsun­g di Jakarta dan Palembang sehinga 2 September ini.

Atlet itu terdiri daripada pemenang dua kali pingat emas Sukan SEA, Rayzam Shah Wan Sofian (olahraga), Jellson Jabilin (terjun), Fatin Fateha Mat Salleh dan Lee Kin Lip (memanah), Tan Wee Kiong (badminton), Mohd Irfan Ismandol (paraglidin­g), Razman Anam, Emilia Eva Natasha Saudia dan Kamsiah Khamis (sepaktakra­w) serta Juliani Mohamad Din dan Surizan Awang Noh (hoki).

Rayzam akan bertanding dalam acara kegemarann­ya 110m lari berpagar manakala Fatin dan Lee dalam acara compound berpasukan wanita dan lelaki serta campuran compound.

Wee Kiong bertanding dalam acara beregu lelaki dan berpasukan manakala Irfan dalam acara Accuracy dan Cross Country berpasukan.

Razman dalam pasukan regu sepaktakra­w manakala Emilia dan Kamisah antara pasukan regu wanita sementara Juliani dan Surizan pula adalah anggota skuad hoki wanita.

Pengarah Majlis Sukan Negeri (MSN) Sabah, Terrance Edward Pudin berkata, ia satu kebanggaan apabila ada atlet negeri ini berada dalam kontinjen negara bersaing dalam kejohanan terbesar Asia itu.

“Kita amat berbangga dengan keberadaan mereka dalam kontinjen negara. Harap-harap mereka akan naik ke podium sebagai pemenang untuk membanggak­an Sabah dan negara,” kata Terrance.

Malaysia bertanding dalam 35 daripada 40 jenis sukan dan mensasarka­n tujuh pingat emas.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia