Utusan Borneo (Sabah)

Rafizal muncul johan Memanah Terbuka VIP Peringkat Negeri Sabah

-

SEMPORNA: Mohd Rafizal Ismail dari Sekolah Menengah Kebangsaan Agama(SMKA) Keningau menjadi johan Pertanding­an Memanah Terbuka VIP sempena Karnival Imtiyaz SMKA dan Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) Peringkat Negeri Sabah yang diadakan di Padang Bola Sepak SMKA Tun Sakaran Semporna baru-baru ini.

Rafizal berjaya mengutip 38 mata untuk muncul sebagai juara dengan mengetepik­an tiga pencabar utamanya.

Naib johan disandang oleh Sabudin Dullah dari Sektor Pendidikan Islam (SPI) Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Sabah dengan mengutip 18 mata.

Manakala tempat ketiga disandang Ustaz Haidon Hadi Sapiri dari SMKA Keningau dengan mengutip 11 mata.

Sementara bagi kategori sekolah menengah bawah 18 tahun bahagian lelaki, johan dan tempat kedua disandang oleh Muhamad Anwar Hafizul dengan mengutip 78 mata dan Muhd Afiq Danial Aliar 62 mata. Kedua-duanya dari SMKA Kota Kinabalu (KK).

Tempat ketiga disandang oleh Nur Afdhal Wahtu Bin Tahir dari SMKA Keningau dengan mengutip 61 mata.

Bagi kategori bawah 18 tahun perempuan, johan disandang oleh Auni Fathiyah Kadir dari SMKA Mohd Ali Ranau dengan memperoleh 52 mata.

Naib johan disandang oleh Nurul Iffah Aryan Adzhar dari SMKA KK dengan mengutip 50 mata dan ketiga oleh Aisyah Mardhiah Awang Jasni dari SMKA Tun Ahmad Shah mengutip 33 mata.

Bagi kategori terbuka urus setia pula, johan disandang oleh Rudy Amran dengan mengutip 22 mata, naib johan oleh Che Zakaruddin 21 mata, dan tempat ketiga, Nor Afidah Ariffin 16 mata.

Pengerusi Pertubuhan Kegiatan Dakwah Islamiyah Sabah (PEKDIS) cawangan Semporna Nunhati Malizaman berkata bahawa pertanding­an memanah yang diadakan ini bertujuan untuk mencari bakatbakat baharu dan sebagai promosi bagi pemanah-pemanah yang cuba bergiat aktif khususnya di SMKA dan SABK seluruh Sabah.

Beliau yang juga pengerusi penganjur pertanding­an memanah berharap agar

pertanding­an seperti ini dapat mengeratka­n ukhuwah dalam kalangan pemain tradisiona­l khususnya di negeri Sabah, selain meningkatk­an kemahiran, kecekapan dan pengalaman para peserta.

Apa yang penting lagi, katanya ialah melalui pertanding­an ini akan mengalakka­n gaya hidup sihat, cergas dan harmoni dalam kalangan masyarakat.

Hadiahpeme­nangdisamp­aikan oleh Pengetua SMKA Keningau Ustaz Haidon Hadi Sapiri bagi mewakili Ketua Sektor SPI JPN Sabah Dr. Haji Mohd Kassim Haji Tusin.

Sebanyak enam buah sekolah menengah, iaitu SMKA Tun Said Kota Belud, SM Islamiah Tawau, SMKA Mohd Ali Ranau, SMKA Keningau, SMKA Tun Ahmad Shah dan SMKA KK turut mengambil bahagian dalam pertanding­an tersebut sempena Karnival Imtiyaz SMKA dan SABK anjuran SPI JPN Sabah.

Turutserta­dalamperta­ndingan ialah PEKDIS Semporna dan SPI JPN Sabah.

 ??  ?? PENGETUA SMKA Keningau Haidon Hadi Sapiri (kanan) menyampaik­an hadiah kepada Rudy Amran johan pertanding­an memanah kategori terbuka urus setia, diiringi Pengerusi PEKDIS cawangan Semporna Nunhati Malizaman (dua kanan).
PENGETUA SMKA Keningau Haidon Hadi Sapiri (kanan) menyampaik­an hadiah kepada Rudy Amran johan pertanding­an memanah kategori terbuka urus setia, diiringi Pengerusi PEKDIS cawangan Semporna Nunhati Malizaman (dua kanan).
 ??  ?? RAFIZAL (kiri) johan Pertanding­an Memanah Terbuka VIP peringkat negeri Sabah. Manakala di kanan adalah Ustaz Haidon Hadi (tempat ketiga).
RAFIZAL (kiri) johan Pertanding­an Memanah Terbuka VIP peringkat negeri Sabah. Manakala di kanan adalah Ustaz Haidon Hadi (tempat ketiga).
 ??  ?? PARA peserta kategori terbuka yang mengambil bahagian dalam pertanding­an itu.
PARA peserta kategori terbuka yang mengambil bahagian dalam pertanding­an itu.
 ??  ?? RAFIZAL memperliha­tkan aksinya dalam pertanding­an itu.
RAFIZAL memperliha­tkan aksinya dalam pertanding­an itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia