Utusan Borneo (Sabah)

Klopp sedia lepaskan beberapa pemain Liverpool

-

LONDON: Jurgen Klopp mengakui dia bersedia untuk membenarka­n beberapa pemain pinggiran di Liverpool meninggalk­an kelab itu sebelum hujung Ogos.

Klopp, pengurus pasukan The Reds, membelanja­kan £160 juta (RM864juta)untukmenda­patkan Naby Keita, Fabinho, Alisson Becker dan Xherdan Shaqiri sebelum jendela perpindaha­n Liga Perdaa Inggeris ditutup pada minggu lepas.

Perjanjian itu bermakna Liverpool terbuka kepada usaha untuk menjual pemain yang mungkin akan kerap diketepika­n daripada skuad hari perlawanan.

Pemain pertahanan Estonia, Ragnar Klavan, dijangka akan menyertai Cagliari, manakala SimonMigno­let,LazarMarko­vic, Sheyi Ojo, Marko Grujic dan Dominic Solanke mungkin akan menarik minat.

Walaupun pasukan Inggeris tidak dapat membeli pemain sehingga Januari, mereka masih dapat menjual pemain kepada kelab di Eropah sehingga akhir Ogos dan Klopp berkata urusan dapat dibuat di Anfield – tetapi hanya pada harga yang betul sahaja.

“Saya berkata sebelum ini, pada amnya, bahawa pemain mungkin akan meninggalk­an kelab dan itu akan berlaku jika ia bagus untuk semua orang,” kata Klopp kepada pemberita kelmarin.

“Jendela perpindaha­n ditutup di England dan seluruh dunia – sekurang-kurangnya seluruh Eropah – menunggu waktu itu dan mereka kini sudah mula mencuba, menawarkan harga (lebih rendah) untuk mendapatka pemain bola sepak yang baik.

“Itu tidak akan berlaku. Kami tidak ada keperluan kewangan. Tidak ada pemain yang akan meninggalk­an kelab jika saya tidak membenarka­nnya. Pertama sekali situasinya ialah, ‘Bagaimanak­ah tawaran itu, bagaimanak­ah keperluan itu bagi kami?’ - AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia