Utusan Borneo (Sabah)

Tiada sengketa dengan Pogba: Mourinho

-

MANCHESTER: Jose Mourinho membuka pekung di dada mengenai perhubunga­nnya degan pemenang Piala Dunia Perancis Paul Pogba dan menegaskan dia tidak ada sebarang perselisih­an faham dengan pemain termahal Manchester United (MU) itu.

Ketidakpua­san hati pada musim panas menyaksika­n laporan berulang kali menyebut Pogba ingin meninggalk­an kelab yang dia sertai dari Juventus dengan harga £89.3 juta (RM482 juta) dua musim panas lalu dan berpindah ke Barcelona.

Ia disusuli dakwaan pada minggu ini bahawa pengurus dan pemain itu telah bertikam lidah dalam satu mesyuarat yang panas ekoran kenyataan yang dibuat oleh Pogba selepas perlawanan pembukaan liga menentang Leicester pada minggu lepas.

Selepas membintang­i, dan menjaringk­an gol, dalam kemenangan 2-1 MU, hanya empat hari sahaja selepas dia menyertai semula latihan pramusim ekoran kejayaanny­a di Piala Dunia, Pogba mendakwa: “Ada perkara yang saya tidak dapat sebut, jika saya sebut, saya akan didenda.”

Namun Mourinho, yang membuat persiapan untuk kunjungan ke Brighton pada malam ini (Ahad), menegaskan perselisih­an itu tidak pernah berlaku.

“Sebenarnya kami sudah bersama selama dua tahun dan beberapa minggu dan saya tidak pernah rasa begitu gembira dengannya seperti sekarang, itu adalah kebenaran. Saya tidak dapat menuntut lebih daripada itu darinya,” kata Mourinho kepada pemberita kelmarin.

“Dia datang ke sini pada Isnin, berlatih selama tiga hari, saya meminta sokonganny­a untuk sumbangann­ya dalam satu perlawanan penting bagi kami ketika pasukan menghadapi kesukaran, dia melakukann­ya dengan lebih baik dan bagi waktu yang lebih lama berbanding apa yang kami dapat harapkan.

“Apabila dia menyatakan dia melakukann­ya untuk penyokong dan pasukan, itulah apa yang saya mahukan sebenarnya. Itulah apa yang saya tuntut sebenarnya daripada pemain saya.

“Dia bekerja dengan baik, bermain dengan baik, dia melakukann­ya untuk penyokong, dia melakukann­ya untuk pasukan dan itulah apa yang saya mahukan. Untuk bermain demi pasukan dan saya tidak mungkin lebig gembira berbanding sekarang.”

Pogba akan terus menjadi kapten untuk perlawanan menentang Brighton, tetapi Mourinho menjelaska­n Antonio Valencia akan mendapat semula lilitan lengan kapten apabila dia kembali beraksi selepas dia pulih daripada kecederaan betis. - AFP

 ??  ?? MOURINHO
MOURINHO
 ??  ?? POGBA
POGBA

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia