Utusan Borneo (Sabah)

Wydad, Ahly ke suku akhir Liga JuaraJuara CAF

Bolt tiba di Australia untuk mulakan karier bola sepak

-

SYDNEY: Usain Bolt berkata dia amat serius sekali mengenai hasratnya untuk menjadi seorang pemain bola sepak profesiona­l dan merancang untuk menunjukka­n keupayaann­ya kepada dunia selepas dia tiba di Australia semalam untuk menjalani percubaan bersama sebuah kelab Liga A.

Atlet bintang itu telah diberi peluang untuk membuktika­n nilainya oleh kelab Central Coast Mariners, yang bersetuju untuk membenarkn­ya berlatih bersama pasukan sampai bila-bila masa dalam usahanya untuk mengikat kontrak sebagai pemain.

Mereka berharap untuk sempat mengubahny­a menjadi bahan Liga A bagi permulaan musim 2018/19 pada hujung Oktober.

Bolt, yang memakai skarf Mariners, disambut oleh skrum media di lapangan terbang Sydney dan berkata dia akan berusaha sedaya upaya untuk mencapai matlamat.

“Saya sentiasa meletakkan kaki terbaik saya di hadapan dan saya akan menunjukka­n kepada dunia siapa diri saya,” katanya.

“Ini adalah benar,” ujar atlet berusia 31 tahun itu ketika ditanya sama ada ia hanya satu gimik sahaja.

“Saya telah menyatakan sejak musim balapan dan padang terakhir saya bahawa saya mahu bermain bola sepak dan saya tahu apa yang saya dapat buat.

“Saya bersyukur kepada Mariners kerana memberi peluang kepada saya dan gembira untuk memanggil Australia sebagai tempat tinggal saya buat masa sekarang.”

Bolt sudah mencuba nasib bersama pasukan di Jerman, Norway dan Afrika Selatan, tetapi sia-sia sahaja, sejak dia bersara dari sukan olahaga pada tahun lepas.

Walaupun dia adalah juara lapan kali Olimpik dan lelaki terpantas di Bumi, dia mengakui dia gelisah mengenai apa yang berada di hadapan di bandar kecil Gosford, 75 kilometer ke utara Sydney, di mana kelab itu berpangkal­an.

“Rasa gemuruh akan sentiasa ada, tetapi saya lebih teruja berbanding perkara lain,” kata warga Jamaica itu, yang akan menyertai sesi latihan pertamanya pada Selasa ini.

Ketua eksekutif Mariners, Shaun Mielekamp, menjelaska­n Bolt tidak akan menerima sebarang layanan istimewa, tetapi pengawal keselamata­n tambahan akan disediakan dan sesi latihan kelab dipindahka­n ke tempat yang lebih besar untuk menampung ramai peminat yang dijangka akan muncul untuk melihat Bolt.

“Satu perkara di mana kami amat tegas ialah Usain, sementara menjalani percubaan bagi kontrak, akan dilayan sama seperti mana-mana pemain,” kata Mielekamp pada minggu ini.

“Sudah tentulah kami memahami realiti mempunyais­esorangden­gan profailnya. Tetapi (dari segi bola sepak), kelebihan tidak ada.

“Dan itulahapa yang diinginkan oleh Bolt – ini adalah mengenai perjalanan­nya dalam sukan bola sepak. Dia datang ke sini atas sebab-sebab yang betul.”

Bolt mendominas­i acara pecut sejak dia memenangi dua pingat emas individu di Olimpik Beijing pada 2008. Dia seterusnya memenangi enam lagi pingat Olimpik dan memperoleh­i 11 kejuaraan dunia.

JOHANNESBU­RG: Juara bertahanWy­dadCasabla­nca dari Maghribi dan Al Ahly dari Mesir masing-masing mencatatka­n kemenangan 1-0 kelmarin untuk mara ke peringkat suku akhir Liga Juara-Juara CAF.

Rembatan kencang Anas el Asbahi pada minit ke-56 memberi mata penuh kepada Wydad dalam perlawanan berhati-hati menentang Mamelodi Sundowns dari Afrika Selatan tanpa banyak peluang untuk menjaringk­an gol di Casablanca.

Walid Azaro melakukan jaringan selepas 32 minit apabila Ahly menjadikan­nya tiga kemenangan berturuttu­rut di tempat lawan dalam Liga Juara-Juara ke atas Esperance dari Tunisia di Rades.

Dalam perlawanan lain, Horoya dari Guinea menewaskan Port of Togo 2-1 di Conakry manakala TP Mazembe dari Republik Demokratik Congo bangkit untuk memaksa keputusan seri 1-1 di kelab Entente Setif, Algeria.

Wydad, yang menewaskan Ahly dengan agregat 2-1 dalam perlawanan akhir 2017, turut menduduki tempat pertama dalam Kumpulan C, yang bermakna mereka akan menentang naib juara kumpulan lain di tempat lawan dan di stadium sendiri pada peringkat suku akhir.

Juara bertahan itu jarang sekali menguji penjaga gol Sundowns dari Uganda, Denis Onyango, sebelum El Asbahi meledakkan rembatan kencang dari luar kotak penalti yang mencecah sudut jaring.

Sundowns juga tidak berkesan dalam serangan sehingga hujung perlawanan apabila mereka memaksa beberapa tendangan sudut tetapi Jose Ali Meza dari Venezuela mensia-siakan satu peluang yang baik apabila dia melakukan tendangan lemah.

Kelab Afrika Selatan itu kini mesti menewaskan Horoya yang menduduki tempat kedua di Pretoria pada 28 Ogos untuk menduduki tempat naib juara berdasarka­n peraturan ‘head-to-head’ selepas mereka seri 2-2 di Conakry pada Mei lalu.

Mandela Ocansey memberikan kelebihan awal kepada kelab Guinea berkenaan ke atas Port, Ablamvi Djadja menyamakan kedudukan sejurus selepas waktu rehat dan Bolaji Sakin menyumbat gol kemenangan pada minit ke-58.

Ahly meneruskan dominasi mereka ke atas Esperance dalam Liga Juara-Juara di Tunisia hasil usaha Azaro dari Maghribi, dengan jaringan yang meneruskan kebangkita­n di bawah jurulatih yang dilantik barubaru ini, Patrice Carteron.

Ketika warga Perancis itu mengambil alih tugas, pasukan ‘Cairo Red Devils’ menduduki tempat tercorot dalam Kumpulan A dengan hanya satu mata sahaja ekoran kekalahan mengejut di Uganda kepada Kampala Capital City Authority.

Namun dua kemenangan berturut-turut ke atas Township Rollers dari Botswana dan kemenangan ke atas Esperance yang sudah layak telah menjulang Ahly ke tempat teratas kumpulan. - Gambar Reuters

Jika Ahly menewaskan Kampala di Mesir pada bulan ini, mereka dijamin akan memenangi kumpulan dalam usaha untuk memburu kejuaraan kesembilan Liga Juara-Juara (dahulu Piala Kelab-kelab Juara Afrika) bagi melanjutka­n rekod mereka.

Perlawanan kedua berturut-turut di tempat lawan di Algeria mencatatka­n satu lagi keputusan seri bagi juara lima kali Mazembe, yang kelihatan seperti pencabar kejuaraan paling kuat pada musim ini dari luar utara Afrika.

Mohamed Islam Bakir dua kali meletakkan juara bertahan Afrika, Seif, di hadapan sejurus sebelum minit ke-60 dan Kabaso Chongo dari Zambia menyamakan kedudukan 14 minit sebelum tamat.

Mazembe pasti akan memenangi Kumpula B dan juara Afrika 1976, Mouloudia Alger, kemungkina­n besar akan menyertai mereka dalam undian bagi peringkat suku akhir pada 3 September.

Mouloudia, yang bermain di kelab tanpa sebarang kemenangan, Difaa el Jadida, di Maghribi, adalah antara lapan buah kelab yang beraksi semalam. – AFP

 ?? - Gambar oleh Saeed KHAN / AFP ?? BOLT dikerumuni pengamal media dan peminat yang menyambutn­ya ketika tiba di lapangan Terbang Antarabang­sa Sydney untuk memulakan latihan bersama kelab bola sepak ALeague Central Coast Mariners.
- Gambar oleh Saeed KHAN / AFP BOLT dikerumuni pengamal media dan peminat yang menyambutn­ya ketika tiba di lapangan Terbang Antarabang­sa Sydney untuk memulakan latihan bersama kelab bola sepak ALeague Central Coast Mariners.
 ??  ??
 ??  ?? PARA pemain Al Ahly meraikan jaringan rakan sepasukan mereka sewaktu menentang kelab Esperance Sportive de Tunis.
PARA pemain Al Ahly meraikan jaringan rakan sepasukan mereka sewaktu menentang kelab Esperance Sportive de Tunis.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia