Utusan Borneo (Sabah)

Reims kejutkan Lyon

Menang 1-0 untuk ungguli takhta Ligue 1 Perancis

-

REIMS: Reims yang baharu naik ke liga utama menduduki tempattera­tasLigue1P­erancis kelmarin apabila mereka mengejutka­n Lyon 1-0 untuk mencatatka­n kemenangan kedua berturut-turut.

Gol tunggal perlawanan dijaringka­n oleh penyerang Argentina Pablo Chavarria selepas 32 minit.

Ia memadai untuk tiga mata selepas Reims membuka kempen mereka pada hujung minggu lepas dengan kemenangan 1-0 ke atas kelab Nice yang dibimbing oleh Patrick Vieira.

“Ia adalah satu permulaan impian,” kata penjaga gol Reims, Edouard Mendy.

“Kami bekerja sepanjang musim lepas untuk sampai ke sini dan memandangk­an kami kini sudah berada di sini, kami mahu menunjukka­n apa yang kami dapat buat.

“Selepas dua perlawanan menentangN­icedanLyon,tidak ramai orang menjangkak­an kami akan mengutip enam mata.

“Sejak kecil, saya menaruh impian untuk bermain dalam liga elit. Hari ini adalah ganjaran yang hebat, tetapi kami tahu ia pasti kerja yang mencabar untuk meneruskan­nya setiap hujung minggu.”

Apabila Chavarria membuka jaringan dengan tandukan bola dari hantaran lintang Ghislain Konan sejurus selepas setengah jam, Reims kemudian bertahan beramai-ramai sama seperti apa yang mereka buat pada minggu lepas di Nice.

Lyon ada peluang untuk merampas satu mata pada hujung perlawanan tetapi kapten Marcelo menanduk bola yang tersasar jauh daripada tendangan percuma Memphis Depay manakala cubaan Bertrand Traore berjaya disekat.

“Kami terperangk­ap,” kata pemain tengah Lyon, Lucas Tousart. “Mereka bertahan dengan baik dan kami tidak tahu bagaimana untuk mencari jalan menerusi pertahanan mereka.”

“Sejak kecil, saya menaruh impian untuk bermain dalam liga elit. Hari ini adalah ganjaran yang hebat, tetapi kami tahu ia pasti kerja yang mencabar untuk ” meneruskan­nya setiap hujung minggu. EDOUARD MENDY Penjaga gol Reims

 ?? - Gambar oleh RANCOIS NASCIMBENI / AFP ?? PEMAIN pertahanan Reims Yunis Abdelhamid (kiri) cuba menghalang pergerakan penyerang Lyon Bertrand Traoré pada pertemuan kedua-dua pasukan di Stadium Auguste Delaune di Reims.
- Gambar oleh RANCOIS NASCIMBENI / AFP PEMAIN pertahanan Reims Yunis Abdelhamid (kiri) cuba menghalang pergerakan penyerang Lyon Bertrand Traoré pada pertemuan kedua-dua pasukan di Stadium Auguste Delaune di Reims.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia