Utusan Borneo (Sabah)

Prof Dr Hatta bertemu penulis Sabah

Majlis Pertemuan selaku Pengerusi Lembaga Pengelola DBP

- Oleh ABD NADDIN HJ SHAIDDIN

MAJLIS Pertemuan Pengerusi Lembaga Pengelola Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Prof Dr Mohamed Hatta Shaharom dengan penulis Sabah berlangsun­g di Dewan Amil Jaya DBP pada 13 Ogos lepas.

Dalam majlis yang sederhana itu, Prof Dr Mohamed Hatta yang pertama kali berkunjung ke Sabah atas kapasitiny­a sebagai Pengerusi Lembaga Pengelola DBP diperkenal­kan kepada khalayak penulis Sabah yang berkesempa­tan hadir.

Pengarah DBP Cawangan Sabah Hajah Asmiah Haji Ajamain ketika memperkena­lkan Prof Dr Hatta berkata, pelantikan beliau diharap dapat memantapka­n lagi fungsi teras organisasi itu untuk memartabat­kan bahasa Malaysia sebagai bahasa kebangsaan.

Prof Dr Mohamed Hatta Shaharom, 66, adalah seorang ahli akademik sejak 1984 dan pernah berkhidmat di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Cyberjaya University College of Medical Sciences (CUCMS) dan Universiti Islam Malaysia, Cyberjaya (UIM).

Beliau aktif dalam bidang penulisan,menghasilk­an banyak buku, makalah dan artikel serta kertas saintifik dalam bahasa Inggeris dan bahasa Malaysia, antaranya mengenai psikiatri, perubatan Islam, pengembara­an kemanusiaa­n dan komentar sosiopolit­ik.

Prof Dr Mohammed Hatta menggantik­an Prof Datuk Dr Md Salleh Yaapar yang memegang jawatan itu sejak 2012.Pelantikan Mohamed Hatta berkuatkua­sa 9 Julai 2018 hingga 30 Jun 2021.

Turut hadir dalam majlis itu ialah Sasterawan dan Budayawan Negeri Datuk Haji Jamdin Buyong, Ketua Satu Ikatan Penulis Sabah Sukor Haji Usin, Pemenang SEA Write Award Azmah Nordin, Setiausaha Badan Bahasa dan Sastera Sabah (BAHASA) Jasni Yakub, Timbalan Pengarah DBP Sabah Hajah Norjanah Yusuf, penulis-penulis Sabah dan staf DBP Sabah.

 ??  ?? PROF Dr Hatta merakam gambar kenangan bersama penulis-penulis Sabah.
PROF Dr Hatta merakam gambar kenangan bersama penulis-penulis Sabah.
 ??  ?? PROF Dr Hatta bersama sebahagian penulis Sabah yang hadir.
PROF Dr Hatta bersama sebahagian penulis Sabah yang hadir.
 ??  ?? PROF Dr Hatta bersama penulis-penulis wanita Sabah.
PROF Dr Hatta bersama penulis-penulis wanita Sabah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia