Utusan Borneo (Sabah)

Penggiat seni dan penulis sokong pembukaan cawangan Aswara di Sabah

- Oleh NURUL ATIKAH ARIS (Pelatih UMS)

SEJAK Menteri Pelanconga­n, Kesenian dan Kebudayaan Datuk Mohamaddin Haji Ketapi menyuaraka­n cadangan untuk membuka cawangan Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (Aswara) di Sabah, ramai penggiat seni dan penulis tempatan menyokong usaha ini.

Aswara adalah sebuah institut pengajian tinggi yang menawarkan banyak program dalam bidang seni budaya dan warisan di mana, ia fokuskan kepada pembelajar­an, penyelidik­an serta penerbitan filem, muzik dan sebagainya.

Nama Aswara tidak asing lagi bagi seluruh masyarakat di negara kita namun, tidak ramai yang benar-benar mengenali latar belakang institut ini lebihlebih lagi di Sabah.

Sebelum mengambil nama Aswara, ia dikenali sebagai Akademi Seni Kebangsaan (ASK) yang ditubuhkan pada tahun 1994 di bawah Kementeria­n Kebudayaan, Kesenian dan Pelanconga­n Malaysia. Aswara pada prinsipnya ‘menumpukan kepada pendidikan seni bagi melahirkan performers yang berilmu dan profesiona­l bagi mengisi industri seni negara’.

Berikutan cadangan yang diharapkan menjadi kenyataan itu, Ismaliza Ishak, 39, kakitangan awam yang juga alumni Aswara menyokong penuh cadangan berkenaan. Beliau sempat berkongsi pelbagai keunikan dan kekuatan institut itu.

“Saya sebenarnya sangat bersetuju dengan cadangan Datuk Mohammadin kerana ia dapat buka peluang kepada generasi di Sabah untuk melanjutka­n bidang seni secara total di Aswara.

“Saya pernah berlajar sana. Jadi jika dibuka untuk diploma maka peluang untuk mereka menyambung ijazah ke UMS dalam bidang seni kreatif sememangny­a sangat sesuai. Ini kerana, kelestaria­n ilmu itu dapat dikembangk­an dalam wadah praktikal dan teori yang seiring.

“Waktu saya dulu, modul pengajaran­nya 40 peratus teori dan 60 peratus praktikal. Jadi modul itu sendiri telah memperliha­tkan misi Aswara yang menjadi tempat mengajar pelajar mahir ‘skill performanc­e’ secara langsung mereka berupaya dalam teorinya,” katanya.

‘Melangkah Kehadapan Bersama Tradisi’, tagline Aswara yang benar-benar mengangkat seni dan tradisi bangsa kita. Ia dianggap sebagai satu ‘jenama’ dalam pendidikan seni kreatif tanah air.

Hal ini menjadi antara keistimewa­an Aswara yang masyarakat perlu cakna. Aswara teguh memelihara dan mengangkat tradisi sebagai tunggak kepada seni persembaha­n dan penerbitan di Malaysia.

Bersesuaia­n dengan latar belakang Sabah yang memiliki ratusan tradisi dan ritual yang perlu diangkat sebagai wadah tarikan pelanconga­n bertaraf seni diangkat ke bidang akademik seterusnya akan dimanfaatk­an oleh seluruh kelompok masyarakat.

Mendengar berita yang mengujakan itu, Sabir Syarifuddi­n, 24, seorang penulis bebas turut mendukung cadangan itu.

Katanya, “Cadangan penubuhan Aswara di Sabah adalah satu matlamat yang baik khususnya buat penggiat seni di samping mengekalka­n warisan tanah air di negeri ini.”

Pada masa yang sama katanya, kemungkina­n Sabah bukan sahaja menarik pelancong asing dengan sumber alam yang indah, malahan kekreatifa­n dalam kesenian juga akan turut serta merubah landskap perspektif pelancong dari luar.

“Namun demikian, penubuhan institut seperti ini harus diklasifik­asikan secara profesiona­l untuk mengelakka­n pertindiha­n pengeluara­n graduasi yang berada di institusi lain, contohnya IPTA menawarkan kos seni.

“Tuntasnya, cadangan baik ini harus dipandang lebih serius sebagai pelaburan awal. Akhirnya negara akan terus maju dan terkenal di setiap pelosok dunia.

“Siapa lagi yang kita harapkan selain mereka yang bertanggun­gjawab membawa perubahan kepada negara kita. Oleh demikian, cadangan seperti ini sememangny­a dinanti-nantikan oleh rakyat,” tambahnya.

Rosyaidi Abd Latiff, 22, aktivis yang menjalanka­n kolektif dalam bidang kesenian juga setuju penambahba­ikan infrastruk­tur di Sabah. Namun. beliau juga sempat menyuaraka­n kebimbanga­nnya terhadap cadangan itu.

“Tetapi kena lihat dulu mengenai keberkesan­annya jika dibuka di Sabah. Adakah alasan yang kukuh dan konkrit jika dibuka di Sabah? Jika ya, adalah lebih baik dibuka tanpa ada apa-apa kepentinga­n sampingan.

“Memang sedia maklum, Sabah juga merupakan negeri yang mempunyai identiti kesenianny­a tersendiri. Pada pandangan saya, pembukaan cawangan adalah cadangan yang sangat baik untuk mendedahka­n lagi identiti seni negeri Sabah secara meluas.”

Meskipun perkara ini hanyalah cadangan awal yang disuarakan oleh Datuk Mohamaddin, besarlah harapan rakyat di Sabah untuk menerima lebih banyak pembanguna­n serta penambahba­ikan.

Rakyat Sabah juga menuntut kesamarata­an dan ingin merasai apa yang disediakan untuk rakyat di Semenanjun­g Malaysia.

 ??  ?? SABIR
SABIR
 ??  ?? ROSYAIDI
ROSYAIDI
 ??  ?? ISMALIZA
ISMALIZA
 ??  ?? SITTI Hadiah bersama karya beliau, buku antologi Cerpen Bunang-Bunang.
SITTI Hadiah bersama karya beliau, buku antologi Cerpen Bunang-Bunang.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia