Utusan Borneo (Sabah)

Sitti Hadiah sanggup meredah laut untuk hantar karya

- -Oleh NURUL ATIKAH ARIS (Pelatih UMS)

MENJADI seorang penulis tidak mudah. “Saya percaya setiap penulis menghadapi masa sukar tersendiri untuk menghasilk­an karya,” kata Hajah Sitti Hadiah Haji Abd Mutalib, 57, penulis berasal dari Semporna yang melancarka­n antologi Cerpen Bunang-Bunang, 21 Julai lepas.

Ketika ditemui di pejabatnya di Teluk Likas, penulis yang ramah dan santun ini menyapa dengan penuh sifat keibuan yang berdedikas­i. Bertugas sebagai Pegawai Perancang Bahasa di Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) sejak tahun 1985, mendekatka­n beliau dengan kegiatanke­giatan bahasa dan sastera. Tidak hairanlah jika beliau menjadi penulis yang banyak menghasilk­an cerpen, sajak dan sebagainya.

Sitti Hadiah dilahirkan di Pulau Bum-Bum Semporna. Untuk sampai ke pulau ini, penduduk biasanya menaiki bot kecil dari pekan ke perkampung­an Pulau Bumbum.

Minatnya dalam dunia penulisan bersemi sejak di bangku sekolah lagi. Minat ini dipupuk melalui pembacaan novel dan majalah, kemudian beliau mula menghasilk­an beberapa sajak dan catatan ringkas untuk dihantar kepada ruangan DBP sekitar tahun 80an-90an.

Menurutnya melalui pembacaanl­ah beliau dapat mempelajar­i sesuatu dan banyak belajar perkataan dan bahasa baharu.

Jarak antara Semporna dan Kota Kinabalu

tidak menjadi penghalang, lebih-lebih lagi pada waktu itu semua perhubunga­n dan penghantar­an karya kepada DBP melalui pos.

Namun dengan kesungguha­n dan tekad, beliau tidak putusputus menghantar karya beliau untuk diterbitka­n. Dengan menaiki bot kecil, beliau sanggup bersusah payah untuk ke pekan Semporna bagi mengirimka­n karya-karyanya melalui pos.

Wajarlah jika karya beliau sering mendapat ruang di akhbar dan ruangan DBP. Karya beliau yang menarik sering menerapkan nilai budaya masyarakat suku Bajau. Bahasa yang digunakan juga mudah difahami dan sangat dekat kepada pembaca.

Perjalanan menuju kejayaan tidak ada yang mudah. Semuanya berliku dan melalui jerih payah yang berbeza. Begitu juga untuk kehidupan Hajah Sitti, beliau didorong dengan kemahuan serta kegigihan diri sendiri.

Menjadi seorang penulis tidak mudah, katanya. Setiap penulis menghadapi masa sukar tersendiri. “Seorang penulis gemar untuk mengambil ruangnya sendiri meskipun di tengah keramaian. Ruang yang saya maksudkan adalah ruang di dalam kepala penulis yang tidak pernah berhenti memikirkan idea-idea baharu,” katanya.

“Walau dalam mesyuarat sekalipun, otak saya memikirkan perkara lain. Ia mencari idea-idea untuk penulisan sehinggaka­n saya tidak dapat fokus pada suatu masa tertentu. Bila saya melihat sesuatu, saya akan segera menterjema­hkan ia ke dalam bentuk penulisan. Orang akan kata saya berhayal, sebenarnya tidak.

“Ilham untuk setiap penulisan selalu datang tanpa diduga. Bila ia sudah datang saya tidak akan sia-siakan. Saya akan catat di dalam buku sebelum saya olah menjadi sebuah cerita. Saya tidak dapat berhenti berfikir. Itulah pekerjaan seorang penulis,” katanya ketika ditemui.

Jerih payah kehidupan seorang Hajah Sitti Hadiah yang ramai tidak tahu, beliau seorang yang bercita-cita tinggi dan konsisten dalam mengerjaka­n sesuatu. Menempuhi segala cabaran dan membelah lautan luas demi cita-cita. Sesuai dengan pegangan hidup beliau.

“Saya percaya kepada cita-cita dan keazaman. Ia didorong dengan usaha yang konsisten agar apa yang kita impikan menjadi kenyataan.”

Sebagai salah seorang yang terlibat dalam badan bahasa, beliau juga sempat mengulas pendangan terhadap penerbitan buku hari sama ada penerbitan rasmi DBP atau pun badan penerbitan luar.

Katanya, “Penerbitan buku adalah suatu yang baik, menerbitka­n buku atau karya boleh dibaca dan menjadi tatapan generasi akan datang. Ia menjadi satu proses yang lebih baik dan teratur selain melestari industri buku.”

“Asal ada buku atau karya, lebih baik terbitkan, agar dapat kita salurkan idea kita untuk dibaca dan difikirkan generasi akan datang.”

Beliau sempat mengimbas kembali nostalgia yang segar di ingatan, beliau berkongsi pengalaman apabila beliau menghantar coretan serta luahan perasaan dan cerpen kepada stesen radio Sabah ketika itu. Beliau mendengar penyampai radio membacakan pesanan beliau setiap malam sebelum tidur.

“Dulu, di rumah tidak ada televisyen hanya ada radio sebagai hiburan. Jadi saya menghantar karya saya untuk siaran stesen radio dan mendengar karya saya dibacakan. Ketika itu, saya sangat konsisten menghantar karya-karya saya ke stesen radio RTM.

“Namun setelah melanjutka­n pelajaran, komitmen saya tertumpu kepada pelajaran dan kurang menghantar karya-karya saya lagi,” katanya.

Beliau yang sangat mencintai dunia penulisan dan sastera mempunyai perancanga­n untuk tetap meneruskan penulisan beliau meskipun selepas berpencen kelak. Beliau juga berencana untuk melibatkan diri dalam persatuan-persatuan untuk kekal aktif.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia