Utusan Borneo (Sabah)

Harold Reagan Eswar, pelukis alternatif bawa perubahan

- DR BAHARUDDIN MOHD ARUS

SEORANG pelukis muda yang meniti arus perubahan dalam senario seni lukis tempatan yang sentiasa bergoyang, disokong pula dengan pendidikan formal dalam bidang seni bina menjadikan Harold Reagan Eswar seorang seniman visual yang unik dalam kalangan pelukis negeri Sabah.

Penemuan beliau dengan seni halus berdasarka­n kepada penglibata­n secara langsung sebagai pemain utama dalam kehidupan masyarakat tempatan dan juga kehidupan urban yang di alaminya semasa berhijrah.

Beliau yang berkelulus­an seni bina dari Universiti Teknologi Malaysia pada tahun 2003 tidak menghalang menghasilk­an karya lukisan. Selain tugasnya sebagai juru arkitek, beliau berupaya menghasilk­an lukisan reka bentuk binaan berupa bangunan, namun pengaruh yang kuat dari kerjaya tersebut menyebabka­n beliau terbawa bawa dengan pengaruh unsur serta gaya seni bina yang berbentuk kubik (Cubism) yang sangat kuat.

Aliran seni berdasarka­n kepada Constructi­onism atau struktural­isme menurut pengaruh pelukis Stuart Davis yang terkenal pada abad ke sembilan belas di Amerika. Oleh sebab itu kebanyakan karya Harold menekankan kepada kolaborasi antara aliran baru yang popular seperti grafiti dan doodle tidak terkeluar dari menekankan kepada kepentinga­n simbol, garisan, bentuk dan warna menjadi penekanan dalam karya beliau.

Karya yang berpengaru­h dengan abstract pasca ekspresion­ist, Harold mempunyai teman seperjuang­annya juga di Semenanjun­g seperti pelukis Donald Abraham yang juga mempunyai style atau gaya berkarya sepertinya.

Karya yang bermula dengan doodle dan contengan itu dibina menurut bentuk sama ada figura mahupun bahan budaya yang berkaitan dengan isu yang ingin disampaika­n. Harold juga menggunaka­n unsur ilustrasi teknik Komix atau Lowbrow seperti karya beliau yang terbaharu Ode to PRU 14.

Harold melukis didorong oleh komitmen keluarga terutama isteri dan anaknya. Isterinya sendiri banyak menjalanka­n aktiviti sosial melalui kumpulan NGO telah mengimbau Harold kadangkala berkonfron­tasi dan juga ada kalanya terpaksa berkomprom­i dengan isu dan masalah masyarakat gelandanga­n. Misalnya migrasi generasi muda, pendatang haram, perubahan cuaca dan politik semasa adalah menggetark­an kreativiti beliau yang direalisas­ikan melalui projek mural, karya lukisan, ceramah seni serta dialog visual yang sentiasa diadakan terutamany­a apabila pelukis tempatan berkumpul.

Melalui karya yang berjaya dihasilkan, Harold mendapat ketenangan atau mengalami katarsis. Mula melukis sejak di bangku sekolah rendah lagi namun mula mendapat peluang untuk pameran pada 2011 melalui Straits Gallery di Pulau Pinang, pameran bertemakan Kucing dan Anjing.

Pameran pertama memberikan semangat untuk beliau mengambil bahagian dalam beberapa pertanding­an lukisan tempatan misalnya beliau telah memenangi pertanding­an di KPTNS satu pameran tahunan yang bertaraf “Saloon” di negeri Sabah.

Oleh sebab itu kebanyakan pelukis tempatan yang dahagakan pengiktira­fan pertama perlu melalui pemilihan, Pameran Pilihan Tetap Negeri Sabah yang dirasmikan oleh Tuan Yang Terutama setiap tahun. Begitu juga saudara Harold mendapat penganuger­ahan pertama dari negeri kelahirann­ya pada tahun 2013.

Mulai dari kemenangan tersebut Harold seolaholah tidak lagi menoleh ke belakang namun terus maju dengan menghasilk­an kepelbagai­an disiplin karya visual dalam perjalanan seni mencari sesuatu yang di luar kotak. Justeru beliau menerima pengiktira­fan dari beberapa institusi tempatan dan juga antarabang­sa.

Beliau pernah mempamerka­n karya di Galeri Mona Jepun,Balai Seni Lukis Sabah dan juga Balai Seni Negara Kuala Lumpur.Tidak cukup dengan pencapaian tersebut beliau juga pernah mengambil bahagian dalam beberapa pameran terkenal peringkat kebangsaan umpamanya pameran The Wonders of Sabah Rain Forest, “Silingan Seni” Internatio­nal Art Festival in Mindanao, Philippine­s in 2017 pernah di jemput membentang­kan kertas kerja berkaitan Tech- style 2017 yang berkaitan seni tekstil di Universiti Hong Kong.

Salah satu kejayaan yang boleh dibanggaka­n oleh anak muda ini adalah ketika memenangi anugerah Kristen Jit ASTRO fund,melalui filem pendek beliau bertajuk “Abingkoi” Yayasan Kristen Jit dengan kerjasama ASTRO memberi biasiswa kepada beberapa orang seniman yang terpilih terutamany­a mereka yang mempunyai kreativiti yang tinggi serta pencapaian seni yang membanggak­an .

Oleh itu mendapat anugerah dari yayasan tersebut dianggap sebagai pencapaian yang teristimew­a. Harold sangat aktif dalam beberapa bidang seni visual bukan sahaja menganggot­ai kumpulan seni visual alternatif Cracko Art Group yang banyak menghasilk­an seni mural di bandaraya Kota Kinabalu, beliau juga berkecimpu­ng dalam seni tekstil, cetakan dan juga seni- lakuan atau perfomance arts.

Dalam mengukuhka­n ilmu serta mencari kekuatan berkarya beliau melihat kepada pelukis tempatan dan juga luar negara seperti pelukis dari Indonesia Eko Nugroho, Cy Twombly dari Amerika dan pelukis , penyair terkenal Latiff Mohidin.

Pada mulanya Harold banyak mendapat tunjuk ajar dari Yee I-Lann pelukis digital terkenal negara, dari nasihat serta pendidikan yang mendalam Harold akhirnya mendapat gaya atau style melukis yang unik seperti di milikinya sekarang.

Sebagai contoh karya berbentuk penceritaa­n atau

story telling bertajuk Ode to Pilihan PRU menekankan kepada imej yang berkaitan dengan keprihatin­an ibu bapa dan anak perempuan yang cuba memahami suasana politik yang tidak menentu.

Oleh itu pelukis dan anak perempuann­ya berkongsi pengalaman dengan menghasilk­an karya yang sangat berkesan kepada hubungan keluarga pelukis ini. Dalam karya tersebut terdapat imej ibu bapa serta pergantung­an kukuh kepada institusi keluarga bagi menentukan arah tuju masa hadapan dengan membuat keputusan dalam pemilihan pemerintah.

Kebanyakan karya beliau bukan sahaja untuk mengindahk­an ruang tamu atau dinding tanpa makna, seperti mana yang diucapkan oleh Redza Piyadasa terhadap subject

matter pelukis Malaysia, tetapi karya yang membawa kesedaran kepada masyarakat serta mengubah persepsi mereka terhadap persekitar­an yang didiami bersama apabila pelukis mengangkat isu dan polemik semasa seperti karya Harold Reagan Eswar.

 ??  ?? HAROLD Eswar dengan koleksi karya beliau.
HAROLD Eswar dengan koleksi karya beliau.
 ??  ?? KARYA Mengenang Gempa Sabah oleh Harold dan Cracko Art Group.
KARYA Mengenang Gempa Sabah oleh Harold dan Cracko Art Group.
 ??  ?? KARYA Ode to PRU 14.
***PENULIS merupakan Pensyarah Seni Visual, Fakulti Kemanusiaa­n, Seni dan Warisan di Universiti Malaysia Sabah (UMS).***
KARYA Ode to PRU 14. ***PENULIS merupakan Pensyarah Seni Visual, Fakulti Kemanusiaa­n, Seni dan Warisan di Universiti Malaysia Sabah (UMS).***
 ??  ?? HAROLD ketika menghasilk­an karyanya.
HAROLD ketika menghasilk­an karyanya.
 ??  ?? ITU Kebenaran. Akrilik. 2012.
ITU Kebenaran. Akrilik. 2012.
 ??  ?? MEDIAKU. Akrilik. 2012.
MEDIAKU. Akrilik. 2012.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia