Utusan Borneo (Sabah)

Pesakit kanser perlu dapatkan rawatan yang betul

-

KEBANYAKAN orang masih tidak menyedari bahawa perkara paling penting dalam usaha memerangi kanser ialah dengan mendapatka­n rawatan yang betul dan bukan bertukar kepada penawar yang lain.

Ketua Eksekutif Penyelidik­an Kanser Malaysia (CRM) Prof Teo Soo-Hwang berkata orang ramai juga keliru tentang bagaimana melawan kanser dengan berpendapa­t menerusi pengambila­n makanan tambahan, vitamin atau menukar diet dapat mengelak serta menghalang kanser daripada datang semula.

Beliau berkata bagi membolehka­n lebih banyak kaedah rawatan dibangunka­n, penyelidik­an secara berterusan hendaklah dijalankan di negara ASEAN dan bukan hanya di negara -negaera Eropah dan Amerika Syarikat.

“CRM sentiasa menjalanka­n penyelidik­an terhadap kanser di dalam negara bagi mencari penawar penyakit itu menggunaka­n genetik tempatan dan tumpuan kami ialah untuk mencari penawar kepada kanser yang biasa dikesan seperti kanser oral, katanya kepada Bernama ketika ditemui pada siang kemuncak CEO Vistage di Kuala Lumpur.

Teo berkata bagi kanser lain seperti kanser payu dara dan kanser pangkal rahim, CRM sedang mencari kaedah rawatan yang lebih berkesan kepada pesakit dengan menggunaka­n genetik ASEAN.

Di samping itu, salah satu kejayaan cemerlang yang dibuat oleh CRM baru-baru ini adalah vaksin yang dapat meningkatk­an sistem imun bagi pesakit yang menderita kanser mulut dan kanser nasofarink­s.

Sementara itu, Teo berkata lebih banyak sumbangan daripada kerajaan diperlukan untuk menyokong kajian mengubati kanser yang diketuai oleh CRM bagi mencari lebih banyak penyelesai­an terhadap pesakit kanser di Malaysia.

“Buat masa sekarang bajet penyelidik­an kami adalah RM8 juta dan masih tidak mencukupi. CRM memerlukan pembiayaan yang lebih baik terutamany­a daripada kerajaan Pakatan Harapan yang baharu untuk membantu kami dalam melakukan lebih banyak aktiviti penyelidik­an.

“Kami juga memerlukan lebih banyak perkongsia­n dengan organisasi bukan mencari keuntungan lain untuk tujuan ini,” katanya. -Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia