Utusan Borneo (Sabah)

Rabies: Kes terbaharu dari Sri Aman kini kritikal

Di HUS

-

KUCHING: Satu lagi kes rabies baharu direkodkan di negeri ini membabitka­n seorang lelaki berumur 49 tahun yang tinggal di Bahagian Sri Aman.

Kes terbaharu ini disahkan oleh Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia Datuk Dr Noor Hisham Abdullah menerusi satu kenyataan media, pada Jumaat.

Noor Hisham berkata, pesakit tersebut kini dalam keadaan kritikal dan dirawat di Wad Penyakit Berjangkit, Hospital Umum Sarawak (HUS).

Difahamkan,pesakitper­nah digigit anjing peliharaan­nya pada Januari 2018, namun tidak mendapatka­n rawatan.

Pada 11 Ogos lepas, pesakit dibawa ke Hospital Serian untuk mendapatka­n rawatan kerana mengalami demam dan sesak nafas.

Pesakit kemudianny­a dirujuk ke HUS pada 14 Ogos selepas menunjukka­n tanda-tanda hidrofobia dan lemah badan.

Dengan pengesahan terbaharu ini, jumlah kes rabies di negeri ini kini sebanyak 12 kes dengan 10 kes meninggal dunia, satu kes dirawat di rumah dan terbaharu masih dalam rawatan.

Sehingga 16 Ogos, kerajaan Sarawak telah mengisytih­arkan 33 kawasan di lima bahagian sebagai kawasan jangkitan rabies iaitu Serian, Kuching, Samarahan, Sarikei dan Sri Aman.

Kementeria­n Kesihatan Malaysia (KKM) dalam pada itu menasihati orang awam agar mengambil langkahlan­gkah pencegahan bagi mengelak daripada penyakit rabies.

Antaranya, mendapatka­n rawatan segera di klinik kesihatan atau hospital terdekat jika digigit haiwan peliharaan yang agresif atau anjing liar.

Orang awam turut dinasihatk­an supaya melaporkan kepada pihak berkuasa tempatan (PBT) jika terdapat anjing liar yang berkeliara­n di kawasan tempat tinggal dan sentiasa mengekalka­n tahap kebersihan diri yang tinggi.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia