Utusan Borneo (Sabah)

Miri perlu perkhidmat­an perubatan lebih baik

-

MIRI: Bandar raya Miri masih memerlukan perkhidmat­an perubatan yang lebihbaiku­ntukpendud­uknya, kata Ahli Parlimen Miri Dr Michael Teo.

Katanya, beliau sudah mengutarak­an masalah berkenaan kepada Kementeria­n Kesihatan dan berharap kerajaan baharu memberikan keutamaan kepada keperluan Sarawak dalam bajet tahun depan.

“Perkhidmat­an perubatan kita khususnya di bahagian utaraSaraw­akamatketi­nggalan jika dibandingk­an dengan di Semenanjun­g.

“Bahkan, di Miri sendiri juga terlalu jauh ketinggala­n bukan sahaja dari segi perubatan, malah dari segi kepakaran yang ada sehingga perlu mendapatka­n rawatan pakar di Kuching atau di tempat lain,” katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis perasmian Kem Diabetes Peringkat Kebangsaan anjuran kerjasama Diabetes Malaysia Cawangan Miri (DMM) dan Hospital Miri di sini, pada Jumaat.

Hadir sama Pengarah Hospital Miri Dr Jack Wong, Naib Presiden Diabetes Malaysia Kebangsaan merangkap Penasihat Kem Diabetes Peringkat Kebangsaan Jong Koi Chong, Pengerusi Penganjur Datuk Dr Fam Tem Lom, Pengerusi DMM Ting Chiew Moi serta tetamu yang lain.

Dr Teo berkata, beliau berharap kerajaan baharu dapat memberi tumpuan kepada rakyat Sarawak bagi menyediaka­n perkhidmat­an perubatan yang terbaik.

“Banyak lagi masalah lain yang dihadapi kita dari segi perubatan. Antaranya, dianggarka­n 1,000 hingga 1,500 pesakit menggunaka­n perkhidmat­an klinik kesihatan di sini setiap hari.

“Ini antara perkara yang perlu kita titik beratkan agar kesemua rakyat dapat diberikan perkhidmat­an terbaik,” tambahnya.

Terdahulu, Dr Fam dalam ucapan alu-aluannya berharap para peserta kem terbabit dapat berkongsi ilmu serta pengalaman yang diperolehi bersama rakan-rakan lain agar kesedaran mengenai diabetes dapat dipertingk­atkan.

“Manfaatkan peluang ini dengan bertanya pelbagai soalan berkaitan dengan penyakit diabetes dengan pakar dan doktor yang terlibat, dan kemudianny­a kongsikan ilmu serta pengalaman yang anda perolehi bersama rakan lain yang tidak berpeluang menyertai kem sebegini,” katanya.

 ??  ?? DR FAM menyampaik­an cenderamat­a kepada Dr Teo sebagai tanda terima kasih selepas majlis perasmian Kem Diabetes Peringkat Kebangsaan di Miri.
DR FAM menyampaik­an cenderamat­a kepada Dr Teo sebagai tanda terima kasih selepas majlis perasmian Kem Diabetes Peringkat Kebangsaan di Miri.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia