Utusan Borneo (Sabah)

Lebih 30 organisasi sertai kursus kesihatan mental

-

KUCHING: Lebih 30 organisasi menyertai kursus kesihatan mental yang dianjurkan bersama oleh kampus Universiti Swinburne di Sarawak dan Melbourne serta Persatuan Kesihatan Mental Sarawak (MHAS).

Menurut kenyataan akhbarnya pada Jumaat, kursus 14 jam itu diadakan di kampus Swinburne di Kuching diketuai oleh Profesor Jenny Martin dari Fakulti Kesihatan, Kesenian dan Rekaan Universiti Kesihatan Swinburne.

Antara lain, ia memfokuska­n kepada masalah yang dialami oleh golongan belia dan mengajar mereka bagaimana untuk mengenali situasi apabila seseorang memerlukan pertolonga­n, cara mendekati, mendengar dengan teliti situasi mereka, bagaimana mendorong mereka untuk berhubung dengan rangkaian sokongan dan bantuan profesiona­l.

Pada amnya, rakyat Malaysia dilengkapi dengan kemahiran pertolonga­n cemas untuk membantu mereka yang mengalami kecederaan fizikal.

Namun, menyedihka­n apabila rakyat tidak diajar untuk memberi bantuan kecemasan kepada mereka yang menunjukka­n tanda-tanda awal penderitaa­n mental di Malaysia.

Bagaimanap­un, di Australia, lebih setengah juta orang telah dilatih oleh MHFA iaitu sebuah organisasi yang telah ditubuh oleh sepasang suami isteri pada 2000.

Rata-rata peserta berpendapa­t penyampaia­n kursus adalah menarik dan mereka bersetuju bahawa ia boleh memberi manfaat kepada sekumpulan besar ibu bapa dan belia.

Salah seorang peserta iaitu kaunselor sekolah mendapati kursus berkenaan amat berguna dalam menyediaka­n panduan yang sistematik untuk menghampir­i seseorang yang mungkin mengalami masalah kesihatan mental.

“Dianggarka­n satu daripada empat orang akan menghadapi masalah kesihatan mental di beberapa tahap kehidupan mereka tetapi kesedaran awam untuk memberikan sokongan tersebut masih rendah,” ujarnya.

 ??  ?? MARTIN(duduktenga­h)merakamkan kenangan bersama para peserta kursus kesihatan mental di Universiti Swinburne, Kuching.
MARTIN(duduktenga­h)merakamkan kenangan bersama para peserta kursus kesihatan mental di Universiti Swinburne, Kuching.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia