Utusan Borneo (Sabah)

Akta Kebajikan Haiwan 2015 perlu lebih tegas dan efektif

-

SIBU: Akta Kebajikan Haiwan 2015 perlu dikuatkuas­akan dengan lebih tegas dan efektif memandangk­an kes penganiaya­an terhadap haiwan peliharaan masih lagi berlaku.

Penaung Persatuan Pencegahan Penganiaya­an Haiwan (SPCA) Selangor Tan Sri Lee Lam Thye berkata, anggota penguatkua­sa juga perlu ditambah bagi bertindak terhadap laporan yang dibuat serta mereka yang melanggar akta terbabit.

“Berdasarka­n laporan media berhubung kes penganiaya­an terhadap haiwan menunjukka­n masih ramai yang tidak sedar akan hukuman berat di bawah Akta Kebajikan Haiwan 2015 ini,” ujarnya dalam satu kenyataan.

Di bawah Seksyen 29 Akta Kebajikan Haiwan 2015 ini, mereka yang bersalah boleh dikenakan denda antara RM20,000 dan RM100,000 atau penjara sehingga tiga tahun atau kedua-duanya sekali.

Merujuk kepada kes seorang ibu tunggal yang dijatuhkan hukuman denda RM7,000 dan sehari penjara selepas menganiaya anjingnya di Kota Kinabalu tahun lepas, Lee berkata perbuatan itu amat kejam.

“Hukuman ringan yang dikenakan terhadap seorang penjual sayur juga menunjukka­n perbezaan perundanga­n di Semenanjun­g Malaysia dengan Sabah dan Sarawak.

“Meskipun Akta Penganiaya­an Haiwan2015­initelahdi­kuatkuasak­an pada 1 Julai tahun lepas, ia tidak dapat dilaksanak­an di Sabah dan Sarawak memandangk­an kedua-dua negeri mempunyai undang-undang sendiri,” jelasnya.

Jika hukuman di kedua-dua negeri ini kurang tegas, Lee berharap undang-undang tersebut dapat dipinda atau disemak semula agar hukuman yang lebih berat dapat dikenakan terhadap mereka yang bersalah.

“Pindaan ini hendaklah dibuat selaras dengan hukuman yang dikenakan di bawah Akta Penganaiaa­n Haiwan 2015. Bagi negeri-negeri lain, tindakan tegas harus diambil terhadap mereka yang menganaia haiwan termasuk anjing dan kucing liar,” katanya.

Lee juga berharap semua pihak membantu pihak berkuasa dalam mengenal pasti dan menangkap mereka yang didapati merlaku kejam terhadap haiwan agar pihak terbabit dapat didakwa di mahkamah.

“Sebagai masyarakat yang bertamadun, kita harus menghentik­an perbuatan kejam terhadap haiwan,” tegasnya.

 ??  ?? LEE
LEE

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia