Utusan Borneo (Sabah)

Suspek kes gaduh dicekup

-

KUCHING: Salah seorang suspek kes pergaduhan di rumah pangsa KMC di Padungan di sini yang mengakibat­kan seorang lelaki parah akibat ditikam dipercayai menggunaka­n parang berjaya ditangkap anggota dari Bahagian Siasatan Jenayah Kuching.

Difahamkan, suspek ditangkap hasil risikan dan siasatan polis dan dia yang berpakaian lokap semalam dibawa ke tempat kejadian sebelum mengaku membuang senjata yang digunakann­ya ke dalam sungai di Petanak.

Susulan itu, suspek dibawa ke Tebingan Kuching dan diarah melakonkan semula cara dia membuang senjata tersebut ke dalam sungai, di mana siasatan lanjut pihak polis berhubung kejadian masih dijalankan.

Baru-baru ini, Ketua Polis Daerah ACP Ng Ah Lek dalam satu kenyataan memberitah­u seorang lelaki berusia 37 tahun ditemui berlumuran darah dengan kesan tikaman di bahagian rusuk sekitar jam 3.30 pagi pada 6 Ogos lalu.

Menurutnya, mangsa ditemui oleh orang awam yang terus menghubung­i pihak polis dan mangsa dikejarkan ke Hospital Umum Sarawak (HUS) untuk mendapatka­n rawatan.

“Keadaan mangsa kritikal dan usaha menjejaki suspek terus dilancarka­n (selepas itu),” katanya.

Tambahnya, pihaknya masih menjalanka­n siasatan berhubung kejadian dan orang awam yang mempunyai maklumat juga dipelawa untuk tampil membantu siasatan.

“Kerjasama orang yang mempunyai maklumat berhubung kejadian amat diperlukan dan pihak polis akan merahsiaka­n identiti pemberi maklumat,” kata Ng.

Sehingga Jumaat, difahamkan beberapa suspek telah ditangkap susulan kejadian tersebut dan mangsa difahamkan masih berada dalam keadaan kritikal.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia