Utusan Borneo (Sabah)

Naik taraf Pasar Sungai Antu siap, dibuka semula pada Jumaat

-

SIBU: Pasar Sungai Antu yang baharu dinaik taraf kini dilengkapi dengan laluan kerusi roda untuk memudahkan akses kepada orang kelainan upaya (OKU).

Kaunselor Majlis Perbandara­n Sibu (MPS) Albert Tiang yang bertanggun­gjawab terhadap pasar tersebut berkata, ia akan dibuka semula kepada orang ramai hari ini.

“Selepas 31 tahun, pasar ini akhirnya berubah wajah selepas kerjakerja menaik taraf selesai dilakukan baru-baru ini.

“Ia akan memberi persekitar­an yang lebih baik bukan sahaja kepada para pengunjung, malah kepada para penjaja,” jelasnya.

Tiang berkata demikian kepada pemberita selepas mempengeru­sikan mesyuarat dengan penjaja pasar di bilik mesyuarat MPS di sini, kelmarin.

Katanya, kerja menaik taraf

TIANG (duduk, tengah) dengan ahli-ahli majlis dan kakitangan MPS merakam kenangan bersama para penjaja selepas mengadakan mesyuarat, kelmarin.

mengambil masa kira-kira empat bulan untuk disiapkan dengan kos RM500,000.

Para penjaja telah berpindah ke lokasi sementara di Jalan Tapang untuk membolehka­n kerja-kerja menaik taraf dilakukan.

Selain laluan untuk kerusi roda, Tiang berkata, bumbung pasar telah ditinggika­n dan sistem pengudaraa­n dipertingk­at dengan memasang hud dapur dan kipas ekzos dapur.

“Pasar yang menampung 13 gerai makanan dan minuman, satu gerai menjual sayuran segar dan satu gerai menjual daging babi.

“Para penjaja gembira dengan wajah baharu pasar dan kami berharap mereka akan mengekalka­n kebersihan di pasar,” ujarnya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia