Utusan Borneo (Sabah)

Nikmati 61GB Internet berkelajua­n tinggi percuma dengan Jualan Gegar GIGA HotlinkMU!

-

KUALA LUMPUR: Pelanggan Hotlink kini boleh menikmati Internet berkelajua­n tinggi 61GB percuma, sepanjang hari sebagai sebahagian daripada Jualan Gegar GIGAHotlin­kMUsempena Bulan Kemerdekaa­n ini.

Apa yang perlu mereka lakukan ialah membeli mana-mana HotlinkMU GIGADealss­ecaraekskl­usif di aplikasi Hotlink RED dan dengan serta-merta menikmati data percuma untuk semua keperluan Internet mereka, pada bilabila masa, tanpa batasan atau sekatan.

Internet percuma ini adalah manfaat tambahan keatas tawaran terbaik dan disesuaika­n yang sudah boleh dinikmati oleh para pelanggan HotlinkMU setiap hari, seperti pas penstriman dan sosial terbaik, data Internet serta panggilan.

Para pelanggan akan menerima tawaran HotlinkMU baharu setiap hari yang paling sesuai untuk keperluan mereka pada nilai terbaik.

“Sempena Bulan Kemerdekaa­n ini, kami ingin memberi ganjaran kepada para pelanggan dalam bentuk lebih banyak data bagi semua keperluan Internet mereka.

“Dengan HotlinkMU, mereka sudah menikmati tawaran yang hebat, dan kini dengan Jualan Gegar GIGA HotlinkMU, kami memberi mereka data tambahan secara percuma, tanpa sebarang syarat. Lebih-lebih lagi, mereka boleh menikmati pengalaman Internet yang terbaik, bila-bila masa, di mana sahaja dengan rangkaian 4G No. 1 kami,” kata Ketua Prabayar Maxis Navin Manian.

Untuk membeli HotlinkMU GIGA Deals, pelanggan hanya perlu: Muat turun aplikasi Hotlink RED daripada Google Play Store atau Apple Store; Pilih HotlinkMU GIGA Deals di tab HOME & SHOP; dan Apabila anda berjaya membeli pas, data 61GB percuma akan diaktifkan secara automatik untuk anda.

Ketahui lebih lanjut mengenai Jualan Gegar GIGA HotlinkMU di sini: https://www.hotlink.com. my/en/rewards/hotlinkmu. html.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia