Utusan Borneo (Sabah)

KDNK suku-2 catat pertumbuha­n perlahan pada 4.5%

Kemerosota­n pertumbuha­n disebabkan kejutan berkaitan komoditi dalam sektor perlombong­an dan pertanian

-

KUALA LUMPUR: Gangguan bekalan menyaksika­n Malaysia mencatatka­n pertumbuha­n ekonomi yang perlahan bagi suku kedua 2018 pada 4.5 peratus berbanding 5.8 peratus tahun lepas, yang mana jauh lebih rendah daripada dijangkaka­n ramai pakar ekonomi.

Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara tumbuh sebanyak 5.4 peratus pada Suku Pertama dan jangkaan sederhana pakar ekonomi bagi Suku Kedua ialah pada 5.2 peratus.

Gabenor Bank Negara Malaysia Datuk Nor Shamsiah Mohd Yunus berkata kemerosota­n pertumbuha­n itu disebabkan oleh kejutan berkaitan komoditi dalam sektor perlombong­an dan pertanian.

Bagaimanap­un, katanya, sektor perkhidmat­an dan perkilanga­n terus menjadi pemacu pertumbuha­n, disokong oleh perbelanja­an kukuh pengguna susulan pelaksanaa­n Cukai Barang dan Perkhidmat­an sifar dan permintaan berterusan terhadap produk elektrik dan elektronik dan produk berkaitan pengguna.

Nor Shamsiah berkata demikian pada sidang akhbar pertamanya selepas pelantikan beliau sebagai gabenor pada 1 Julai, 2018, menggantik­an Tan Sri Muhammad Ibrahim.

“Pertumbuha­n dalam sektor perlombong­an menguncup disebabkan terutamany­a gangguan bekalan yang tidak dijangka, manakala sektor pertanian mengalami kekangan pengeluara­n dan keadaan cuaca yang buruk.

“Aktiviti sektor swasta terus menjadi pemacu utama pertumbuha­n apabila keduadua pelaburan dan penggunaan swasta berkembang kukuh semasa Suku Kedua,” katanya.

Permintaan domestik berkembang 5.6 peratus dalam Suku-2, di mana penggunaan sektor swasta meningkat 8.0 peratus dan pelaburan sebanyak 6.1 peratus.

“Penggunaan sektor awam meningkat 3.1 peratus manakala pelaburan sektor awam turun 9.8 peratus pada Suku-2,” kata Nor Shamsiah.

Mengikut sektor, sektor perkhidmat­an, perkilanga­n dan pembinaan masing-masing meningkat 6.5 peratus, 4.9 peratus dan 4.7 peratus.

Pertumbuha­n sektor perlombong­an susut sebanyak 2.2 peratus dan pertanian turun sebanyak 4.7 peratus. - Bernama

 ??  ?? NOR SHAMSIAH menunjukka­n buku ˜BNM Quarterly Bulletin’ pada sidang akhbar Prestasi Ekonomi Suku Kedua Tahun 2018 di Bank Negara. - Gambar BERNAMA
NOR SHAMSIAH menunjukka­n buku ˜BNM Quarterly Bulletin’ pada sidang akhbar Prestasi Ekonomi Suku Kedua Tahun 2018 di Bank Negara. - Gambar BERNAMA

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia