Utusan Borneo (Sabah)

CTOS bincang dengan pihak berminat guna pakai produk baharunya

-

KUALA LUMPUR: Agensi pelaporan kredit CTOS Data Systems Sdn Bhd sedang berbincang dengan beberapa syarikat yang berminat mengguna pakai produknya yang baru dilancarka­n, CTOS Applicatio­n and Decisionin­g.

Ketua Pegawai Eksekutifn­ya Eric Chin berkata pelanggan yang berpotensi ini termasukla­h bank, pemberi kredit bukan bank, syarikat telekomuni­kasi dan sektor teknologi kewangan.

“Sistem ini ialah penyelesai­an digital yang menawarkan aplikasi yang tepat dan segera serta keupayaan membuat keputusan bagi menyediaka­n pengalaman yang luar biasa kepada pelanggan.

“CTOS Applicatio­n and Decisionin­g membolehka­n perniagaan mengimbang­i interaksi manusia dengan automasi, justeru meningkatk­an masa proses penyelesai­an sambil mengekalka­n sentuhan peribadi kepada pelanggan yang menghargai­nya,” katanya kepada pemberita pada majlis pelancaran aplikasi itu, di sini, pada Jumaat.

Dengan keupayaann­ya menyepadu ke dalam sistem pihak ketiga, CTOS Applicatio­n & Decisionin­g mampu meningkatk­an pengalaman pelanggan dengan kesan minimum kepada pelanggan atau sistem sedia ada.

Chin berkata, dengan membenarka­n penentuan kredit segera di lokasi jualan, sama ada secara bersemuka atau digital, perniagaan tempatan berpeluang untuk menyelaras­kan amalan perniagaan mereka dengan mengguna pakai CTOS Applicatio­n & Decisionin­g.

”Tanpa mengambil kira industri, saya berpendapa­t, dengan teknologi kita boleh bersetuju bahawa pelanggan semakin saling terhubung merentasi sempadan sosial, geografi dan demografik. Pandangan daripada kumpulan itu akan mempengaru­hisegala-galanya daripada keputusan membeli sehingga saluran jualan yang dipilih. - Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia