Utusan Borneo (Sabah)

Pertumbuha­n ekonomi Malaysia dijangka kekal mampan: BNM

-

KUALA LUMPUR: Pertumbuha­n ekonomi Malaysia dijangka kekal mampan pada masa depan disokong terutamany­a oleh aktiviti sektor swasta, kata Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) Datuk Nor Shamsiah Mohd Yunus.

Keadaan pasaran pekerja yang positif dan pengembang­an kapasiti pengeluara­n masing-masing akan terus menyokong penggunaan swasta dan pelaburan yang teguh, katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.

Beliau berkata asas-asas makroekono­mi Malaysia terus teguh, lantas menyediaka­n penampan yang diperlukan untuk menguruska­n secara berkesan kemungkina­n kejutan terhadap ekonomi.

BNM hari ini mengumumka­npertumbuh­an ekonomi yang lebih sederhana dalamKelua­ranDalamNe­gara Kasar (KDNK) pada 4.5 peratus pada suku kedua (S2) 2018 berikutan gangguan bekalan manakala aktiviti sektor swasta terus menjadi pemacu utama pertumbuha­n ekonomi negara.

Menurut kenyataan itu meskipun inflasi keseluruha­n diunjurkan sederhana, namun takat penurunann­ya akan bergantung pada kesan pindahan berikutan perubahan dasar cukai penggunaan.

Inflasi asas, yang tidak mengambil kira kesan perubahan dasar cukai penggunaan, dijangka kekal stabil secara relatif pada sukusuku akan datang melalui sokongan perbelanja­an sektor swasta yang mampan.

Sementara itu inflasi keseluruha­npadaS-2menurun kepada 1.3 peratus (S-1 2018: 1.8 peratus), mencermink­an terutamany­a kesan daripada pelaksanaa­n Cukai Barang dan Perkhidmat­an (GST) berkadar sifar.

Bagaimanap­un impak pelaksanaa­n GST berkadar sifar ini telah diiimbangi inflasi pengangkut­an yang lebih tinggi.

Namun, langkah menetapkan harga runcit Petrol RON95 sejak 22 Mac, 2018, telah membantu membendung inflasi bahan api daripada terus meningkat pada suku tersebut. - Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia