Utusan Borneo (Sabah)

IKEA Malaysia lancar beli-belah dalam talian, sasar tambah jumlah gedung

-

BENTONG: IKEA Malaysia yang secara rasminya melancarka­n khidmat belibelah secara dalam talian hari ini, menyifatka­n usaha itu melengkapi kewujudan premis fizikal sedia ada serta tidak menolak kemungkina­n mengembang­kan jumlah gedung sedia adanya.

Timbalan Pengarah Runcit IKEA bagi Asia Tenggara, Gerard Jansen berkata jumlah dagangan dan kunjungan pelanggan itu merupakan dua faktor penting bagi pembuat perabot Sweden itu.

Justeru, IKEA percaya langkah menceburi segmen e-dagang itu seiring dengan strategi pengembang­an syarikat berkenaan.

Namun, pada masa sama, rangkaian gedung fizikalnya kekal menjadi aspek penting dalam pelan pengembang­an di masa depan.

“Kami masih meneruskan usaha pengembang­an premis fizikal. Pada masa sama, kami turut meninjau pelbagai format berbeza (pengembang­an) agar seiring dengan perubahan corak dan aliran belian pelanggan,” katanya kepada media selepas melancarka­n kemudahan beli-belah dalam talian IKEA Malaysia pada satu majlis di Janda Baik dekat sini, pada Sabtu.

Kemudahan belian dalam talian itu menyediaka­n akses kepada lebih 9,000 produk kelengkapa­n rumah syarikat itu dengan ciri-ciri kategori berdasarka­n produk dan ruang atau bilik kediaman.

Mengulas selanjutny­a format baharu itu, Jansen berkata IKEA turut membangunk­an aplikasi pengemudia­nbagimenam­bah baik pengalaman pelanggan di premis atau gedung fizikal serta menimbang untuk mewujudkan kemudahan lokasi bagi tujuan pengambila­n produk.

Beliau turut merujuk senario di Thailand yang mana gedung IKEA terletak di Bangkok tetapi turut menyediaka­n lokasi pengambila­n produk di Phuket.

“Mustahil bagi IKEA untuk membuka sebuah gedung lengkap di Phuket. Gedung kami cuma di Bangkok tetapi produk kami masih boleh dihantar sehingga ke Phuket,” katanya.

IKEA yang mempunyai dua gedung lengkap di Lembah Klang dan sebuah di Johor Bahru, dijadual membuka gedung serupa di Batu Kawan, Pulau Pinang, tahun depan.

Syarikat itu sebelum ini turut mengetenga­hkan kemungkina­n membuka gedung ketiga di Lembah Klang walaupun tidak memberikan sebarang jangka masa membabitka­nnya. Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia