Utusan Borneo (Sabah)

Impak perang perdaganga­n AS-China ke atas Malaysia dijangka minimum

-

KUALA LUMPUR: Malaysia dijangka menerima kesan minimum daripada perang perdaganga­n antara Amerika Syarikat (AS)-China kerana negara ini adalah sebuah ekonomi terbuka yang kecil, kata Bank Negara Malaysia (BNM).

Bagaimanap­un, jika perang perdaganga­n itu terus memuncak, seluruh ekonomi globalakan­menerimake­sannya dan pertumbuha­n dunia dijangka merosot sebanyak 0.5 peratus menjelang 2020, kata Gabenor BNM Datuk Nor Shamsiah Mohd Yunus.

“Meskipun begitu, satu daripada kekuatan ekonomi kita adalah kita mempunyai struktur ekonomi yang pelbagai.

“Justeru, walaupun eksport kita mungkin akan terjejas oleh pertumbuha­n perlahan ekonomi global namun aktiviti domestik akan terus bertahan dan ini akan menyediaka­n asas bagi pertumbuha­n dalam senario sedemikian,” katanya pada sidang akhbar selepas mengumumka­n angka Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) bagi suku kedua 2018, di sini, pada Sabtu.

Mengenai aliran keluar besar-besaran dalam kalangan bukan pemastauti­n dalam suku kedua 2018, Nor Shamsiah berkata ini disebabkan terutamany­a oleh faktorfakt­or luaran.

“Faktor utamanya adalah berkaitan ketidakpas­tian tentang fasa penormalan dasar monetari Amerika Syarikat, keduanya ketegangan perdaganga­n dan ketiga perkembang­an berkaitan lira Turki.

“Perkembang­an luaran menjadi penyumbang utama bagi aliran keluar asing besarbesar­an...bagaimanap­un pada Julai dan Ogos, kita menyaksika­nalirankel­uaryang agak sederhana,” katanya.

Sementara itu Nor Shamsiah berkata pendedahan risiko Malaysia kepada krisis kewangan dan lira Turki yang meruncing adalah kecil. - Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia