Utusan Borneo (Sabah)

Erti pengorbana­n sebenar dalam empat telemovie khas Aidiladha di TV2

-

TAHAP ujian pengorbana­n dalam diri seseorang itu nyata hadir berbeza-beza. Ada yang diuji dengan episod duka berpanjang­an dalam hidupnya dan tak kurang juga yang berdepan ujian tidak seberat mana. Namun semuanya bergantung dan terpulang kepada individu tersebut untuk menangani masalah yang dihadapiny­a dengan cara yang bagaimana.

Ujian itu umpama hadiah daripada Allah dan ia datang menyapa silih berganti dalam pelbagai bentuk dan rupa. Setiap orang diuji olah Allah berbezabez­a mengikut tahap kemampuann­ya.

“Allah tidak membebani seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya, ia mendapat pahala kebajikan yang diusahakan­nya dan ia juga menanggung dosa kejahatan yang dilakukann­ya. (Al-Baqarah: 286) Menghayati erti pengorbana­n yang sebenarnya dalam sambutan Aidiladha yang disambut seluruh umat Islam pada 22 Ogos ini, Radio Televisyen Malaysia (RTM) menerusi saluran TV2 tampil dengan tayangan empat telemovie khas bermula ‘Begitu Janji Tertulis’ pada 21 Ogos ini, jam 10.00 malam, ‘Dipulangka­n Kasihnya’ pada 22 Ogos, jam 2.00 petang, ‘Ishihara’ pada 23 Ogos, jam 2.00 petang, dan diakhiri ‘Datangmu Kubenci Pergimu Kutangisi’ pada 25 Ogos, jam 10.00 malam.

Menemui penonton malam raya, telemovie ‘Begitu Janji Tertulis’ arahan Sabri Yunus dibintangi pelakon berpengala­man Khatijah Tan, Zamarul Hisham, Bohari Ibrahim, Putri Hanan dan Mohd Said Sabri mengangkat kisah ibu tunggal, Mak Jah mendapat tawaran mengerjaka­n haji bersama suaminya dari Lembaga Tabung Haji.

Malangnya suami Mak Jah baru sahaja meninggal dunia dan sempat mewasiatka­n agar salah seorang anak menemani Mak Jah ke Tanah Suci.

Anaknya, Sahak sudah tiga tahun tidak pulang ke kampung akibat perselisih­an dengan Mak Jah. Ayub pula menolak untuk menemani ibunya dengan alasan tidak bersedia walhal beliau sibuk berjudi di kampung serta berhajat menjual air ketum.

Mak Jah tidak menaruh harapan dan semakin berputus asa tentang pemergiann­ya ke Mekah dengan mahramnya. Embun cuba menjejaki Sahak dan memujuknya untuk kembali menemui ibunya dan melupakan kisah silam. Adakah usahanya berjaya?

Seterusnya kisah pengorbana­n seorang adik terhadap kakaknya dihidupkan dalam telemovie arahan Al Bakri Harith bertajuk ‘Dipulangka­n Kasihnya’.

Ia berkongsi kisah dua beradik, Julia dan Juwita yang terpisah sejak kecil. Julia dibesarkan di kampung oleh datuknya Hassan manakala Juwita tinggal bersama ibu angkatnya di bandar. Juwita hidup mewah, bebas dan kurang didikan agama, manakala Julia menjadi guru tadika, dan kuat berpegang kepada ajaran agama.

Konflik kehidupan bermula apabila ibu angkat Juwita meninggal dunia, meninggalk­an hutang dan Juwita tiada tempat bergantung.

Kemudian Juwita diambil oleh datuknya Hassan untuk tinggal di kampung. Julia sangat gembira menerima kedatangan kakaknya, tetapi lain pula tanggapan Juwita.

Juwita berasa tidak selesa tinggal di kampung dan kembali ke bandar menjalani hidup yang bebas dan liar.

Julia berusaha mencari kakaknya di bandar untuk memujuknya pulang ke kampung. Juwita jatuh sakit dan Julia berkorban masa dan tenaganya menjaga Juwita.

Telemovie ini menampilka­n pelakon Uqasha Senrose, Elyka Azman, Shamsuri Shahrom dan Azam Pit.

Gandingan pelakon utama Aril Pilus, Doria Rachel, Aleeza Shaadan, Shaharuddi­n Thamby dan Watie Sadali dalam sebuah telemovie terbitan Unit Drama TV dengan tajuk ‘Ishihara’ turut menemui penonton saluran TV2.

Perkongsia­n kisahnya tentang seorang lelaki yang rabun warna kronik, berkorban demi membiayai kos hospital kakaknya yang tinggi dengan meneruskan cita-cita kakaknya untuk menjadi seorang pereka fesyen sehingga dia masuk ke alam maya penuh berwarna sebuah gambar yang mengajar dirinya erti sebenar pengorbana­n.

Saksikan lakonan berkesan Sharnaaz Ahmad, Vanidah Imran, Liza Abdullah, Eyra Razali, dan Aedy Ashraf dalam telemovie ‘Datangmu Kubenci Pergimu Kutangisi’ juga khas tayangan Aidiladha ini.

Kisahnya berkembang dengan watak seorang pemuda yang tidak pernah hidup susah sejak lahir.

Tetapi hanya dengan satu kemalangan telah mengubah keseluruha­n hidupnya daripada seorang manusia yang jahil menjadi insan yang lebih baik.

 ??  ?? KHAS AIDILADHA: Babak lakonan Sharnaaz dalam ‘Datangmu Kubenci Pergimu Kutangisi’.
KHAS AIDILADHA: Babak lakonan Sharnaaz dalam ‘Datangmu Kubenci Pergimu Kutangisi’.
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? WATAK UTAMA: Aril Pilus watak Ehsan dalam ‘Ishihara’.
WATAK UTAMA: Aril Pilus watak Ehsan dalam ‘Ishihara’.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia