Utusan Borneo (Sabah)

Aziz Harun berduet bersama Hannah Delisha untuk lagu runut bunyi adaptasi ‘Full House’

-

SEBUAH karya melangkaui sempadan negara, itulah magis yang cuba dicipta Aziz Harun dan Hannah Delisha menerusi single duet mereka yang berjudul ‘Hana’ hasil ciptaan penyanyi dan komposer terkenal Faizal Tahir bersama Mike Chan dan Romeo.

Single terbitan bersama oleh Faithful Music dan Warner Music Malaysia ini diharap dapat memberi nafas segar kepada industri muzik di rantau ini apabila ianya menggandin­gkan dua anak muda berbakat besar berasal dari Brunei dan Singapura yang menyanyika­n karya ciptaan anak watan Malaysia.

“Kami berharap gandingan Aziz yang berasal dari Brunei dan Hannah yang berasal dari Singapura menerusi lagu ‘Hana’ ini dapat memartabat­kan lagi muzik tempatan di rantau ini,” ulas Anne Mukhtar, Pengurus Promosi dan Pemasaran Bahagian Dosmestik Warner Music Malaysia.

Bakal memberikan lebih impak, lagu ini turut diangkat sebagai runut bunyi drama ‘Alamatnya Cinta’, sebuah karya adaptasi daripada drama popular Korea ‘Full House’.

Drama arahan Bernard Chauly yang dibintangi oleh Hannah Delisha dan Hisyam Hamid ini bakal ditayangka­n bermula esok (20 Ogos), setiap hari Isnin hingga Khamis jam 10 malam di Astro Ria 104 dan Astro Ria HD 123.

‘Alamatnya Cinta’ mengisahka­n tentang seorang gadis bernama Ellie Farhana yang telah ditipu oleh sahabatnya sendiri sehingga semua yang dimiliki termasuk rumahnya berpindah tangan dan telah dijual kepada seorang pelakon terkenal.

Untuk mendapatka­n rumahnya kembali, dia bersetuju mengikat kontrak perkahwina­n dengan pelakon tersebut.

Single ‘Hana’ boleh didapati di kesemua pelantar digital seperti Spotify, iTunes, KKBox, Deezer, Joox dan juga Apple Music sejak 3 Ogos 2018.

Manakala video muzik rasmi ‘Hana’ boleh ditonton di saluran Youtube Faithful Music sejak 7 Ogos 2018.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia