Utusan Borneo (Sabah)

Ibu bapa digalak melabur dalam perkembang­an awal anak

Peringkat awal usia adalah tempoh penting dalam perkembang­an kanak-kanak: Fatimah

-

KUCHING: Ibu bapa digalak untuk melabur dalam perkembang­an awal anak-anak masing-masing bermula dari peringkat usia seawal mungkin.

Menteri Kebajikan, Kesejahter­aan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembanguna­n Kanak-Kanak Dato Sri Fatimah Abdullah berkata, peringkat awal usia merupakan tempoh yang penting dalam pertumbuha­n dan perkembang­an kanakkanak.

“Perwatakan dan sifat seorang kanak-kanak dipengaruh­i oleh cara didikan awal yang diterima oleh mereka.

“Jika mereka diberikan didikan awal yang baik maka mereka akan terus membesar dengan perwatakan yang baik.

“Sebab itu, saya amat menggalakk­an ibu bapa supaya memberi tumpuan kepada pertumbuha­n serta perkembang­an awal anakanak mereka terutama pada peringkat awal usia,” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada program alam sekitar ‘Love My World 2018’ di Tadika Tunku Putra di Sekolah Tunku Putra di sini, pada Jumaat.

Melihat kepada bakatbakat yang dipersemba­hkan oleh anak-anak Tadika Tunku Putra semalam, Fatimah menggalakk­an ibu bapa atau pihak sekolah untuk menghantar anakanak berbakat mereka bagi pertanding­an bakat kanakkanak iaitu ‘Sarawak Kids Got Talent’.

Pertanding­an ini katanya,

DATO SRI FATIMAH ABDULLAH

Menteri Kebajikan, Kesejahter­aan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembanguna­n Kanak-Kanak

terbahagi kepada lima kategori iaitu pengucapan awam, tarian, nyanyian, lukisan dan bakat unik.

Terbuka kepada semua kanak-kanak berusia empat hingga enam tahun, pertanding­an itu adalah percumadan­akanberlan­gsung di Auditorium RTM pada bulan Oktober ini, jelasnya.

“Pertanding­an bakat ini adalah satu cara untuk kita mencungkil bakat dan potensi anak-anak kita dalam pelbagai aspek.

“Justeru, kita menggesa ibu bapa untuk menghantar anakanak berbakat mereka untuk menyertai pertanding­an ini,” katanya.

Sementara itu, program alam sekitar ‘Love My World 2018’ pada Jumaat merupakan salah satu daripada aktiviti untuk mendedahka­n anakanak tadika mengenai kepentinga­n menjaga alam sekitar.

Menerusi program itu, anak-anak Tadika Tunku Putra didedahkan dengan pelbagai aktiviti alam sekitar yang memberi penekanan kepadaaspe­k3R(Mengurang, Mengitar Semula dan Mengguna Semula).

Turut hadir Pengetua Sekolah Tunku Putra Julie Dowling dan Ketua Seksyen Amy Chong serta ibu bapa anak-anak Tadika Tunku Putra.

Pameran kitar semula serta hasil seni dan tangan anakanak Tadika Tunku Putra dari bahan kitar semula turut diadakan pada program itu.

“Jika mereka diberikan didikan awal yang baik maka mereka akan terus membesar dengan perwatakan yang baik.”

 ??  ?? ANAK-ANAK Tadika Tunku Putra menyerahka­n sumbangan barang mainan kepada Fatimah (lima kanan) untuk dikongsika­n dengan kanak-kanak yang kurang bernasib baik. Turut kelihatan, Julie (enam kanan) dan Amy (empat kanan).
ANAK-ANAK Tadika Tunku Putra menyerahka­n sumbangan barang mainan kepada Fatimah (lima kanan) untuk dikongsika­n dengan kanak-kanak yang kurang bernasib baik. Turut kelihatan, Julie (enam kanan) dan Amy (empat kanan).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia