Utusan Borneo (Sabah)

Lombok digegarkan lagi gempa bumi berskala 6.3 magnitud

-

LOMBOK: Satu gempa bumi sekuat 6.3 magnitud sekali lagi menggegark­an pulau Lombok di Indonesia semalam, menyebabka­n orang ramai melarikan diri ke jalan raya hanya dua minggu selepas gempa maut mengorbank­an lebih 460 orang.

Gempa bumi itu berpusat di barat-barat daya pekan Belanting di Lombok Timur, menurut US Geological Survey (USGS), pada kedalaman yang agak cetek iaitu tujuh kilometer.

Tiada laporan segera mengenai kematian atau kecederaan akibat gegaran yang terbaharu.

“Gempa bumi itu telah menyebabka­n orang ramai menjadi panik dan meninggalk­an rumah mereka,” jurucakap agensi bencana negara Sutopo Purwo Nugroho memberitah­u Metro TV.

“Kami masih memeriksa.”

Beliau menambah tanah runtuh telah dilaporkan di sebuah taman negara di mana beratus-ratus pendaki terperangk­ap di sebuah gunung berapi selepas gempa bumi pada Julai lepas.

Beberapa orang penduduk menyatakan gempa bumi dirasai amat kuat di Lombok Timur.

“Saya sedang memandu untuk menghantar bantuan kepada mangsa yang berpindah apabila tiang elektrik tiba-tiba bergoyangg­oyang.

“Saya menyedari gempa bumi sedang berlaku, orang ramai mula menjerit dan menangis, mereka berlari keluar ke jalan raya,” kata salah seorang penduduk Lombok Timur Augus Salim.

Gegaran turut dirasai di bandar utama Mataram di pulau tersebut dan di pulau peranginan berhampira­n Bali.

Gempa muncul lagi dua minggu selepas gempa bumi cetek sekuat 6.9 magnitud pada 5 Ogos merobohkan puluhan ribu rumah, masjid dan bangunan perniagaan di sekitar Lombok.

Lebih 460 maut dan puluhan ribu lagi tercedera.

Wilayah yang paling teruk dilanda adalah di bahagian utara pulau.

Seminggu sebelum gempa bumi itu, satu lagi gegaran melanda pulau tersebut dan mengorbank­an 17 orang.

Gempa bumi pada 5 Ogos menyebabka­n lebih 350,000 kehilangan tempat tinggal dengan ramai tidur di dalam khemah atau kanvas berhampira­n runtuhan rumah mereka atau di pusat penempatan sementara, manakala fasiliti perubatan sementara didirikan bagi merawat mangsa tercedera.

Jalan raya yang rosak teruk, terutama di kawasan pergununga­n utara pulau, menimbulka­n masalah bagi agensi bantuan yang cuba untuk menghantar bantuan.

Angka ekonomi gempa bumi tersebut termasuk kesannya terhadap bangunan, infrastruk­tur dan produktivi­ti dianggarka­n sekurang-kurangnya Rp5 trilion.

Indonesia, kepulauan dengan ribuan pulau, terletak dalam Lingkaran Api Pasifik, di mana plat tektonik bertembung dan kebanyakan letusan gunung berapi dan gempa bumi di dunia berlaku.

Pada 2004, tsunami yang berpunca daripada gempa bumi dasar laut dengan magnitud 9.3 di luar pantai barat Sumatera, mengorbank­an 220,000 orang di beberapa negara di sekitar Lautan Hindi, termasuk 168,000 orang di Indonesia. — AFP

 ??  ?? GAMBAR fail 14 Ogos lalu menunjukka­n seorang ibu mengendong bayinya berjalan melintasi khemah penempatan sementara untuk mangsa gempa di Pemenang, Nusa Tenggara Barat. — Gambar AFP
GAMBAR fail 14 Ogos lalu menunjukka­n seorang ibu mengendong bayinya berjalan melintasi khemah penempatan sementara untuk mangsa gempa di Pemenang, Nusa Tenggara Barat. — Gambar AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia