Utusan Borneo (Sabah)

Sabah perlu diberi perhatian sama rata dengan Semenanjun­g: Rafizi

-

KOTA KINABALU: Sabah perlu diberi perhatian khususnya dari segi pembanguna­n yang sama rata dengan Semenanjun­g, kata Naib Presiden PKR Rafizi Ramli.

Beliau berkata perkara itu perlu diberikan keutamaan kerana Sabah ialah satu daripada tiga wilayah yang terlibat dalam pembentuka­n Malaysia.

"Saya melihat pembanguna­n infrastruk­tur khususnya jalan raya di Sabah ketinggala­n berbanding negeri-negeri lain di Semenanjun­g dan perkara itu perlu diberi perhatian dalam Malaysia baharu ini," katanya ketika berucap pada Majlis Makan Malam dan Pelancaran Tabung Reformasi 20 Tahun, di sini malam Isnin. Turut hadir Pengerusi PKR Sabah Christina Liew.

Kehadiran Rafizi di Sabah adalah dalam siri kempen untuk bertanding jawatan timbalan presiden PKR pada pemilihan parti itu dan bakal berdepan penyandang Datuk Seri Mohamed Azmin Ali yang akan mempertaha­nkan jawatan itu.

Beliau berkata kerajaan persekutua­n sebelum ini menyalurka­n peruntukan kepada kerajaan negeri Sabah atas tujuan pembanguna­n namun dana berkenaan tidak sampai ke tempat yang sepatutnya.

"Oleh itu diharapkan agar selepas Datuk Seri Anwar Ibrahim (menang tanpa bertanding jawatan presiden PKR) dilantik menjadi perdana menteri kelak, beliau akan segera bertindak mengembali­kan keistimewa­an Sabah," tambahnya.

Sabtu lepas Rafizi tiba di Sabah untuk menghadiri program Bicara Reformasi di Sandakan dan Tawau sebelum meneruskan program berkenaan di Kota Kinabalu, Ahad.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia