Utusan Borneo (Sabah)

Musa akan balik ke Malaysia dalam masa terdekat

-

KUALA LUMPUR: Bekas Ketua Menteri Sabah Tan Sri Musa Aman (gambar)yang kini dalam senarai orang dikehendak­i Bukit Aman akan pulang ke negara ini dalam masa terdekat, kata Ketua Polis Negara Tan Sri Mohamad Fuzi Harun.

“Kita ada berhubung dengan Musa tetapi saya tidak boleh mengatakan benar atau tidak beliau tiba ke negara ini hari ini seperti yang ditularkan,” katanya pada sidang media Majlis Pelancaran Gotong Royong Mega 1.0 Perangi Aedes Peringkat PDRM di Bukit Aman di sini, Isnin

Musa perlu mengangkat sumpah sebagai Anggota

Dewan Undangan

Negeri (ADUN) bagi Sungai Sibuga sebelum

11 Sept ini atau mengosongk­an kerusi itu.

Pada 15 Ogos lalu Speaker DUN Sabah Datuk Syed Abas Syed Ali berkata arahan itu selaras dengan Perlembaga­an Negeri yang memberi tempoh tiga bulan selepas sidang DUN pertama bagi wakil rakyat dipilih untuk mengangkat sumpah.

DUN Sabah pertama kali bersidang pada 11 Jun selepas Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-14, 9 Mei lepas. Musa, yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) negeri mengangkat sumpah sebagai ketua menteri Sabah pada 10 Mei selepas memperoleh majoriti mudah pada PRU lepas, namun hilang peluang tersebut selepas beberapa ADUN BN bertindak keluar gabungan parti itu dan menyatakan sokongan terhadap Presiden Parti Warisan Sabah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, yang kini Ketua Menteri Sabah baharu.

Musa meninggalk­an Malaysia pada 17 Mei dikatakan untuk menerima rawatan kesihatan di United Kingdom. -

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia