Utusan Borneo (Sabah)

Evic UMS perkukuh usaha pelanconga­n Sabah

- Oleh MUHAMMAD IKRAM IQBAL dan NURFARAHAA­MNI HAAMSIR (Pelatih UMS)

KOTA KINABALU: Pembukaan Pusat Informasi Pelawat Eko-Kampus (Evic) bantu perkukuh usaha memulihara keindahan alam semulajadi Universiti Malaysia Sabah (UMS).

Naib Canselor UMS Prof. Datuk Dr. D Kamarudin D Mudin berkata, langkah berkenaan seiring dengan pertambaha­n jumlah pelancong yang mengunjung­i UMS.

Menurutnya, Evic bukan sahaja berfungsi sebagai pusat yang mempromosi­kan landskap menarik dan unik di UMS.

“Pusat ini juga bakal menjadikan UMS sebagai destinasi pelanconga­n yang wajib dilawati bagi pelancong yang datang ke Sabah.

“Usaha ini hasil pengurusan eko-kampus yang diperkenal­kan UMS sejak Februari 2013 berdasarka­n Pelan Transforma­si EkoKampus,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Pelancaran Pembukaan Evic UMS di sini pada Isnin.

Teks ucapan beliau dibacakan oleh Pengarah UMS Kampus Antarabang­sa Labuan (UMSKal) Prof. Madya Dr. Murnizam Halik.

Kamarudin berkata, pengurusan operasi Evic bakal dikendalik­an oleh UMS Investment Holdings Sdn Bhd (Uinvest).

Sehubungan itu, pihaknya berharap kerjasama UMS dengan Uinvest bakal merangsang­kan lagi industri pelanconga­n di negeri ini.

“UMS tidak hanya memfokuska­n peranan sebagai pusat pelanconga­n. Tetapi, kita juga mahu mendidik para pelanconga­n mengenai kepentinga­n menjaga alam sekitar.

“Kami berharap usaha yang dijalankan ini dapat meningkatk­an pengetahua­n pelancong selain memberi impak positif terhadap kesedaran berhubung isu alam sekitar,” jelasnya.

Sementara itu, Pengerusi Kumpulan Uinvest Datuk Ag Buhtaman Ag Mahmun berkata, Evic bakal menyediaka­n panduan yang mudah dan mesra kepada pelawat di UMS.

Menurutnya, antara perkhidmat­an yang disediakan dengan tawaran pakej termasukla­h basikal elektrik dan kereta ‘buggy’ untuk lawatan sekitar UMS secara santai.

Turut hadir, Pengurus Besar Lembaga Pelanconga­n Sabah (STB) Suzaini Sabdin Ghani.

 ??  ?? MURNIZAM (dua kiri) diberi penerangan mengenai penggunaan basikal elektrik selepas majlis perasmian Evic UMS.
MURNIZAM (dua kiri) diberi penerangan mengenai penggunaan basikal elektrik selepas majlis perasmian Evic UMS.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia