Utusan Borneo (Sabah)

Tiada jalan pintas capai tahap cemerlang

-

KOTA BELUD: Tiada jalan pintas untuk menuju ke tahap cemerlang, selain daripada terus berusaha bersungguh-sungguh meniti satu tangga ke satu tangga, kata Pengarah Strategik Parti Warisan Sabah P169 Kota Belud, Lamsil Hamidshor.

Katanya, salah satu bidang ilmu yang sangat perlu dipelajari oleh semua individu ialah ilmu dalam bidang kesusteraa­n dan kebahasaan kerana ia begitu penting dalam memahami jiwa sesebuah masyarakat, malah mampu meyampaika­n sesuatu pesan dengan begitu halus tapi amat berkesan.

Tambah Lamsil, meskipun pemimpin politik begitu penting dalam hirarki pentadbira­n sesebuah kerajaan, namun mereka didapati sukar memahami minda kelompok manusia yang dipimpinny­a berbanding para penulis yang memang sedia berada di dalam kelompok itu sendiri.

“Sabah mempunyai pelbagai etnik, dan sudah tentu etnik-etik ini sendiri memiliki sikap dan cara berfikir dengan cara tersendiri.

“Dalam hal ini, para penulis berperanan dalam menyuaraka­n rasa hati mereka secara bertanggun­gjawab sehingga mampu didengari oleh pihak berwajib,” jelasnya.

Lamsil berkata demikian ketika merasmikan penutupan program Bicara Karya Suntik 13 anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) Sabah bersama Jawatankua­sa Suntik dan Persatuan Sastera dan Bahasa Sabah (PSBS) di Dewan Terbuka SK Ulu Kukut, pada Sabtu.

Turut hadir ialah Pengarah DBP Cawangan Sabah Hajah Asmiah Haji Ajamain, Timbalan Pengarah DBP Sabah merangkap Ketua Unit Pengembang­an Bahasa dan Sastera DBP Sabah Rusdi Awang dan Presiden PSBS yang juga Guru Besar SK Ulu Kukut Norawi Hj Kata.

Menurutnya, kepimpinan dalam kerajaan baharu sekarang sedang dibelenggu oleh persepsi negatif yang dicetuskan oleh segelintir pihak.

Katanya, fenomena ini perlu diluruskan oleh para penulis agar ia tidak melarat sehingga merosakkan perpaduan negara yang telah terjalin sekian lama.

“Tanggungja­wab ini agak berat, tetapi saya percaya bahawa para ahli sastera mampu melihat kebenaran dari sudut pandang mereka yang halus.

“Namun demikian, jika ada dasar yang menyalahi kepentinga­n rakyat, kerajaan mengalu-alukan kritikan membina daripada kalangan ahli sastera.

“Kepada penulis baru, teruslah menulis dan jangan takut kepada kritikan, kerana kritikan itu sendiri adalah batu asah ke arah kecemerlan­gan anda sebagai penulis yang berjaya. Sekali lagi, tiada jalan pintas menuju ke arah kecemerlan­gan,” tegas Lamsil.

Dalam program berkenaan, semua karya berbentuk sajak dan cerpen yang disiarkan melalui beberapa akhbar tempatan termasuk Utusan Borneo sepanjang Julai diperkatak­an oleh penilai jemputan, iaitu Norawi Haji Kata (Sajak) dan Noraini Osman (Cerpen).

Sajak ‘Memang Kau Hebat’, karya Imam Samudera Sabah (Siba Nita As) dan cerpen ‘Laptop Kuda Semberani’, karya Sabahudin Senin diangkat sebagai karya terbaik sepanjang bulan Julai.

 ??  ?? LAMSIL (tengah) bergambar sama dengan sebahagian hadirin program Suntik 13 di SK Ulu Kukut.
LAMSIL (tengah) bergambar sama dengan sebahagian hadirin program Suntik 13 di SK Ulu Kukut.
 ??  ?? LAMSIL (kiri) menyampaik­an sijil kepada Imam Samudera Sabah aka Siba Nita As. Turut kelihatan Norawi Hj Kata (tengah).
LAMSIL (kiri) menyampaik­an sijil kepada Imam Samudera Sabah aka Siba Nita As. Turut kelihatan Norawi Hj Kata (tengah).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia