Utusan Borneo (Sabah)

Tuntut pelaksanaa­n penambahba­ikan tahap keselamata­n di universiti

- Oleh NOORASVILL­A MUHAMMA

SANDAKAN: Dewan Muslimat PAS Negeri Sabah menyatakan sokongan terhadap solusi yang telah diutarakan oleh Ahli Parlimen Rantau Panjang, Siti Zailah Mohd Yusoff dalam sidang Parlimen 15 Ogos lepas, susulan kes cubaan rogol di Universiti Malaysia Sabah pada bulan lalu.

Ketua Dewan Muslimat PAS Negeri Sabah, Norsah Bongsu berkata daripada kes tersebut, pelaksanaa­n penambahba­ikan tahap keselamata­n khususnya asrama mahasiswi haruslah dipandang tegas.

Katanya, ini kerana kes yang berlaku melibatkan maruah seorang pelajar perempuan dan universiti merupakan gedung ilmu yang sepatutnya menjadi tempat menuntut ilmu dengan aman dan tenteram.

Antara tiga solusi yang telah disebutkan oleh Ahli Parlimen itu ialah melantik Penyelia Wanita sahaja di asrama mahasiswi untuk memantau dan memastikan keselamata­n mahasiswi terjaga.

Selain itu, memasang CCTV di setiap blok asrama mahasiswi untuk sentiasa memantau suasana asrama agar mahasiswi sentiasa dalam keadaan selamat.

Dan, memperbaik­i kerosakan fasiliti asrama seperti bumbung bangunan, tombol pintu dan pagar di sekitar universiti agar tidak ada lagi penceroboh­an pada masa akan datang.

“Kami berharap solusi yang dikemukaka­n ini dipandang serius dan dilaksanak­an secepatnya agar kes cubaan mencabul maruah mahasiswi ini tidak lagi berulang.

“Semoga mangsa yang terlibat mendapat keadilan yang sepatutnya dan diharap pihak pentadbira­n universiti mengambil pengajaran dan tindakan yang sewajarnya,” katanya.

 ??  ?? NORSAH
NORSAH

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia